Semakin banyak video kreatif yang dihasilkan oleh pelakon Nad Zainal dan suaminya Ungku Ismail Aziz dalam media sosial. Sangat menarik dan sampai mesejnya pada pengikutnya berkenaan hal rumah tangga yang diketengahkan.
Namun baru-baru ini timbul isu yang mengatakan Nad dikongkong selepas berkahwin dengan Ungku Ismail.
Banyak Dapat Bimbingan
Menerusi satu portal hiburan, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 34, menjelaskan perkara berkenaan. Situasi sebenar tidak seperti disangkakan, sebaliknya lelaki itu banyak memberikan bimbingan dalam menentukan hala tuju hidup.
“Tiadalah mengongkong. Kalau kongkong kita akan rasa tertekan dan terbeban, tetapi ini biasa sahaja normal macam pasangan suami isteri lain.
“Kalau pasal watak memang kena jaga. Walaupun bertudung, saya buktikan masih boleh bawa banyak watak, macam peranan orang gila tetapi tetap pastikan aurat terpelihara.
“Itu antara peringatan suami. Bagi saya, dia sekadar mengingatkan diri ini mengenai hal yang sepatutnya,” katanya.
Ungku Ismail Bentuk Nad Zainal
Pelakon drama Bukan Bidadari itu berkata, dia selesa dengan cara sebegitu kerana menganggap Ungku Ismail, 38, mampu membentuk dirinya menjadi wanita yang lebih bertanggungjawab.
“Saya juga suka kalau ada orang yang melentur saya. Tak bermakna kalau sudah berkahwin tak boleh berlakon.
“Banyak perubahan berlaku, saya semakin tenang berbanding dahulu. Saya perlukan orang yang faham situasi saya sebagai ibu dan pelakon. Dia (suami) adalah individu yang memahami kerana dia juga seorang pelakon.
“Jadi mudah untuk kami mencorak kehidupan. Sebelum ini pun semua benda saya nak buat, tergesa-gesa hingga akhirnya saya jadi seorang yang pemarah akibat stres.
“Tetapi sejak ada suami, dia banyak ajari saya perkara yang saya tak sedar,” katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan terbabit mempunyai seorang cahaya mata, Ungku Indra Puteh Al Majid yang kini berusia sembilan bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Nad dikurniakan dua anak iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI