Assalamualaikum..
Sy nk bertanya,apa hukum seorg isteri menasihati suami utk bersembahyang dan berubah,tp suami bg byk alasan..sy teringin sgt dia mnjadi imam kpd sy dn anak2.Salah kah sy..Suami seorg panas baran,bila marah hbis kluar sumpah seranah,di maki hamun.Sy paling benci kata2 yg kluar dari mulutnya.Suami langsung tidak mnunjukkn akhlak yg baik depan anak2..sy rasa amat tertekan. Dan satu lg masaalah sy,kami sama2 berniaga,sy membuat kuih di rumah utk bantu tambah pendapatan kluarga.tp suami seringkali mngungkit2 akan apa yg telah di lakukannya.Suami tidak ikhlas dlm mncari nafkah utk kami skluarga.kekadang sy bergaduh dan bermasam muka akan perkara bgini..sy cuba utk cari jln pnyelesaiaan..tp buntu..tp suami asik sebut ttg suatu hari nnti kita pasti berpisah..Mohon en ber pendapat apa yg harus sy lakukan..

 

===========================================

Didoakan moga puan beroleh istiqamah dalam menunaikan amanah sebagai seorang isteri dan hamba kepada Tuhan Sekelian alam, Allah SWT. Kehidupan rumahtangga sememangnya penuh dugaan dan jalan yang berliku. Kesabaran amat diperlukan kerana halangan yang mendatang silih berganti. Ia akan menjadi semakin sukar apabila nahkoda yang menjadi harapan tidak mampu mengemudi dengan baik bahtera yang sedang belayar menghadapi lautan yang tidak menentu keadaannya.

IKLAN

Puan patut bersyukur kerana Allah SWT telah menganugerahkan kepada puan seorang suami walaupun dia kurang berkenan di hati dek kerana sikap dan tingkah lakunya. Puan patut membantunya untuk menjadi nahkoda yang baik. Hati seorang lelaki akan mudah lunak disebabkan layanan yang istimewa yang diberikan oleh wanita yang dikasihinya. Fahamilah kaum lelaki amat sukar untuk mempamirkan perasaan cinta dan kasihnya kepada wanita yang telah menjadi miliknya. Ini disebabkan keegoan yang ada pada jiwa lelaki yang bernama suami.

Suami Baran, Tak Solat, Isteri Mana Boleh Tahan?

IKLAN

Apa yang perlu puan lakukan layanilah dia dengan sebaik-baiknya dan selembut-lembut tindakan. Melalui kata-kata yang lembut dan manis, tingkahlaku yang beradab dan lemah lembut walaupun si suami tetap dengan egonya. Yakinlah puan, kalau puan melakukannya dengan penuh keikhlasan ini lebih baik daripada kata-kata nasihat yang diberikan kepadanya. Kurangkan lontaran kata-kata yang mencabar keegoannya tetapi banyakkan tindakan yang baik untuknya. Keegoan lelaki tidak boleh dilentur dengan kata-kata lebih-lebih lagi daripada isterinya. Keegoannya akan mudah cair dengan layanan yang diberikan oleh seorang isteri yang jujur dan ikhlas.

Ya.. memang hati ini akan meronta-ronta, “kenapa aku perlu berbuat baik kepadanya sedangkan dia sebaliknya tidak pernah menjadi suami yang baik untukku!” Fahamilah puan, Nabi SAW mengajar kita untuk menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain kerana perkara itu cukup memberi kesan kepada mereka. Jadilah resam pokok yang berbuah, walaupun dilontar batu, dijolok galah tetapi ia tetap mengugurkan buah yang baik dan tetap akan berbuah lagi dilain ketika. Yakinlah setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan diganjari dengan pahala dan kebaikan juga daripada Allah SWT.

IKLAN

Suami Baran, Tak Solat, Isteri Mana Boleh Tahan?

Biarlah dia terus mengungkit, namun puan terus tetap istiqamah dengan kebaikan dan berusaha dengan ikhlas membantu keluarga. Jangan hiraukan ugutannya. Dia pasti akan terfikir suatu hari nanti setiap keikhlasan yang puan lakukan dan akan menghargainya. Apa yang puan perlu lakukan teruskan istiqamah dan banyakkan berdoa moga Allah membantu puan dan melambutkan hati suami puan agar dia menjadi suami yang baik, insya Allah.

Kita tidak mampu melakukan sesuatu apa pun melainkan dengan keizinan dan bantuan daripada Allah SWT semata-mata. Kembalilah kepadaNya, pasti kita akan bahagia di kemudian hari nanti. Semoga puan akan terus tabah menghadapi dunia yang penuh cabaran ini.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI