
Dah lama tak kongsi projek Diy. Kali ni khas kami nak kongsikan kepada isteri-isteri atau ibu-ibu diluar sana. Diy rak rempah dari barang Eco je!
Sesuai untuk suri rumah yang nak cut cost tu. Murah pun murah dan yang penting kreatif sangat. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
Cooling rack
Plier (ada kat rumah dah)
Cable tie (ada kat rumah dah)
Tambahan :
Spray paint (boleh guna lacquer spray paint)
Langkah 1 : Gunakan plier ratakan tiga segi tu (macam dalam gambar bawah)
Langkah 2 : Bentuk akan jadi seperti ini
Langkah 3 : Lepas tu ukur dan tanda kat mana kita nak lipat dia
Langkah 4 : Lipat guna plier
Langkah 5 : Lipat lagi satu utk jadikan dia bentuk U





Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peti Sejuk Lama Jadi Baru Balik, Suami Boleh ‘Beli Jiwa’ Isteri Cara Ini

Bila sudah bertahun kahwin, mesti peti sejuk yang sedia ada di rumah tidak lagi cantik seperti awal-awal beli. Dalam masih elok tetapi permukaan peti jadi sebaliknya, ini boleh menyebabkan golongan isteri rasa nak beli baru!
Hah, jangan bimbang! Ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru, Encik Suami boleh tolong godek untuk beli jiwa isteri kejap.
Peti Sejuk Lama Jadi Baru Balik, Suami Boleh ‘Beli Jiwa’ Isteri Cara Ini
Ini cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Cantik, bukan? Jimat duit poket suami kita. Peti sejuk lama masih boleh guna, kenapa pula nak membazir beli baru? Cuba tip ini ya, suruh suami anda buat kejap.
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resepi Nasi Goreng Yang Sedap & Mudah Disediakan

Nasi goreng memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Selain menjadi ‘menu penyelamat’ dari membazir nasi dan lauk lebih, ia begitu mudah diolah mengikut citarasa. Ada yang suka nasi goreng kampung, nasi goreng cilipadi, nasi goreng Cina, nasi goreng ikan masin, nasi goreng cili kering, nasi goreng tomyam, dan macam-macam lagi.
Oleh itu,admin kongsikan pelbagai resepi nasi goreng yang mudah untuk disediakan.
1.
Bahan-Bahan
Segenggam cili kering
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
3 biji bwg putih
(Tumbuk sampai lumat)
Lepas itu Telur 2 biji..goreng hancur siap siap..letak tepi.
Cara-cara
Tumis bahan bahan tu sampai naik bau..letak perasa…letak nasi…kacau sebati…then letak telur hancurr
*cili kering tu potong halus buang biji laa dan rendam air panas sikit
Kredit Resepi : norly eddly al
2.Teknik Masak Nasi Goreng Mak Ani
KOMPEM MENAMBAH 5X
Nasi Goreng Viral Mak Ani
Bahan-bahan
1. Cili api (merah)
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Ikan bilis
5. Telur
6. Kacang panjang/ apa-apa sayur
7. Nasi Sejuk
Cara-Cara( Ini yang penting)
1. Goreng ikan bilis dan ketepikan
2. Panaskan minyak masukkan telur ayam, hancurkan guna sudip, minyak kena betul2 panas, jangan terus hancurkan, biar jap lepas tu baru hancurkan.
3. Masukkan barang untuk tumis tu, bawang & cili dalam telur yg dalam kuali tu.
4. Tumis sehingga keluar bau, masukkan kacang panjang yg dah dipotong halus-halus.
5. Pastikan minyk jangan kurang. Agak-agak sebab kalau minyk terlampaunsikit nasi jadi tak cantik dab kering.
6. Masukkan nasi bersama ikan bilis, nak sedap ikan bilis tu tumbuk tapi jgn sampi hancur sangat.
7. Gaul2 kan nasi dalam kuali 5-10minit. Jangan balik-balikkan 2 3 kali dah angkat, takkan sedap
8. Boleh dihidangkan
** letak cili warna merah biar nasi menarik, ada warna hijau, merah & kuning (simple tapi ramai org tak buat
#nasigorengviralmakani
#nasigorengviral
Kredit Resepi : robizamunira mk
3. Nasi goreng cilipadi ikan tumbuk
Bahan-bahan
1 pinggan nasi putih
Ikan goreng(akk guna ikan selayang 2 ekor-asingkan isinya)
*10 tangkai cili api
*1 biji bwng besar-hiris
*3 ulas bwng putih
2 biji telur
kacang pnjng
Kubis
Garam n perasa
Cara-cara
Panaskan sedikit minyak n goreng sekejap bahan bertanda * bila dh agak layu..angkat
Tumbuk kasar bhn yg dh d goreng td..kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk jgn hancur sgt..(manja2 je)
Tumis semua bhn yg dh d tumbuk..masukkan garam n perasa..
Masukkan sayur dan pecahkan telur..
Bila telur dh separuh masak..masukkan nasi putih..kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit..
Siap!!!
Slmt mencuba..
Kredit Resepi : mazliza ahmad
4. NASI GORENG 🐱
(untuk 3-4 org makan ) nak buat banyak..lebihkan bahan.
Bahan-bahan
Nasi putih
Segenggam ikan bilis
3 biji telur
Sayur (miya suka taruk kacang panjang dan karot (potong dadu))klau nk buh kangkung,atau syur lain ok ja …kalau tak suka sayur tak yah buh
Udang kering dua sudu kecil* (rahsia penyedap )
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Cili padi* (ikut suka korang tapi lg pedas lg sedap)
nota : bahan bertanda (*)..sila tumbuk ya..tumbuk lagi sedap lagi buat nasi grg kita bertambah sedap…Ni petua org tua…jangan degil dan derhaka hahaha
Cara-cara
1.panaskan Sedikit minyak masukkan telur ..Biar telur mgeras dulu sat then baru kacau biaq telur jadi hancur2 sedikit kasar..angkat dan ketepikan dulu
2..Tambah sedikit lagi minyak.. goreng garing ikan bilis..Angkat dan ketepikan dulu.
3.GUNA minyak ikan bilis tadi(ni tips penyedap tau)..masukkan bahan tumbuk tadi kacau hingga hampir layu atau hampir garing..Masukkan garam dan serbuk perasa siap2..masukkan sayur.
4.Kacau sebati masukkan nasi putih kacau sebati ,hancur2 kan dgn sudip supaya nasi tak berketul dan akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis yg kita goreng tadi.Kacau sebati dan sekata dan sayur dah layu…tadaa siap.
Nota : kalau nk nasi berkilat sebelum tumis bhn tumbuk tu lebihkan sikit minyak tp jgn byk sangat..agak2 je hehehe..tp selalu miya lebihkn siap2 masa grg ikan bilis tu..guna myk lebihan lepas goreng ikan bilis tu je..sedap wei..nak Nasi goreng berderai cntik.pastikan nasi putihh kita tu jgn lembik tau.😁
Kredit Resepi : miya aira via mahn
5. Nasi goreng ‘bodoh’ katanya. Tak tau tang mana bodohnya tu, tapi mak kita selalu panggil macam ni. Padahal sedap yakmat kena dengan tekak kita kalah yang kedai.
Yang pasti rencah wajib tumbuk guna lesung batu naaa.
Bahan tumbuk :
Bawang putih
Bawang merah
Lada besar
Cili padi
Bilis sikit
Sayur kacang panjang / buncis potong kecik,
Carrot sagat je senang. ( Kalau ‘bodoh’ yang sebenar takde sayur )
Cara-cara
Goreng bilis dulu, asingkan.
Tumis bahan tumbuk, masuk telur sebijik. Hancurkan telur, masuk sayur, masuk garam. Masukkan nasi goreng sampai bebetul kering sikit. Siap! Bilis masukkan masa api dah tutup. Gaul rata. 👍
#ykiscooking
Kredit Resepi : ayuni zulkafli
6. Nasi goreng cili kering udang galah petai tabur ikan bilis goreng rangup. Haa panjangnya nama menu.
#Update
Resepi nasi goreng cili kering udang galah petai tabur ikan bilis goreng rangup by Ema Fidz
Bahan-bahan : (maaf ya saya masak tak ada sukatan, agak-agak & campak je)
* Bwg putih
* Bwg merah
* Bwg besar
(bahan * hiris)
# Bwg putih
# Bwg merah
# Bwg besar
# Cili kering
# Belacan
(bahan # blander on off bagi kasar sikit)
Ikan bilis
Udang galah
Telur
Sos ikan (ikut suka nak letak or xnak)
Nasi (ramas)
Petai (ambil isi shja)
Sayur kangkung (potong)
Garam
Aji
Perencah nasi goreng ikan bilis
Cara-cara
– Panaskan myk kemudian gorengkan ikan bilis smpai garing, kemudian angkat & asingkan.
– Tumiskan bhn2 bertanda * yg telah dihiris td smpai layu n naik bau (guna myk ikan bilis td).
– Kemudian masukkan udang galah, kacau2 bg udang galah msk sekata.
– Kemudian masukkan bahan2 bertanda # yg telah diblander td, kacau2 bg sekata n biar pecah myk.
– Kemudian masukkan sedikit garam & sedikit aji n kacau2 bg sebati (garam n aji sikit je sbb last nt nak letak perencah lg).
– Kemudian pecahkan telur, kecilkan api n biarkan telur separuh msk kemudian baru kacau2 perlahan2.
– Kemudian kuatkan api sikit & renjiskan sos ikan n kacau2 bg sebati (ikut suka nak letak or xnak).
– Kemudian masukkan nasi yg telah diramas td n kacau2 bg sekata (kacau2 nasi ni lg lama lg sedap)
– Kemudiah taburkan perencah nasi goreng ikan bilis n kacau2 bg sekata.
– Kemudian masukkan petai & sayur kangkung sekali dgn batangnya & kacau2 bg sekata.
– Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng td n kacau2 bg sekata n tutup api.
– Siap.
Selamat mencuba & sy halalkan resepinya😘😋😍
Kredit Resepi : ema fidz
7. Resepi nasi goreng cili api cara cik yan
Bahan-bahan
Bahan yang ditumbuk
Cili api
Bwg merah
Bwg putih
Ikan bilis yang dbasuh & rendam seketika
Belacan
Cara-cara
1-Tuang minyak masak seckupnya & goreng isi ayam n telur hancur, tolak tepi kuali pkai sudip ja & tumis bahan yg ditumbuk tadi.
2-Tumis sehingga sedikit garing & wangi baru masukkan nasi.
Gaul sebati masukkan serbuk lada sulah,garam & msg secukup rasa. Garam nk digantikan dengan sos ikan pun boleh.
3-Masak lama sikit sehingga meresap segala rencah dan naik bau “char” tuh… Konon style Thailand ler tu.
Siap untuk dihidang, bagi saya lagi pedas lagi sedap, mkn bersama ulam tomato n salad + telur mata, keropok mony.
Nisbah bahan sy tak dapat nak bg detail sebab tak pernah sukat, ikut kata hati ja….. Heeeee
Selamat mencuba!
Kredit Resepi : amtiani yan jr
8.Nasi Goreng Kampung
Tumbuk cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering. Tumis hingga garing dan perasakan. Pecahkan telur. Kalau nak bubuh sayur sukahati. Akhir sekali masuk nasi. Kacau rata
Kredit Resepi : norsiah zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Ayu Coklat Cheese, Moden Betul Isteri Zaman Sekarang

Memang kreatif kan orang kita kalau bab inovasi makanan. Sebelum ini tular resipi Puteri Ayu Cheese, namun kali ini kita tukarkan asas kuih berwarna hijau kepada kek coklat bersama gabungan cheese di atasnya.
Jika mahukan versi lebih mewah, taburkan coklat ganace di atasnya.
“Hai semua sobat²
Ni Izu nak share resepi puteri ayu coklat cheese
Senang sangat!
Boleh ler try. Pastu boleh buat niage manetahu rezeki kan
Resepi adunan cheese :
250 gm cream cheese
20 gm tepung gandum
80 gm gula kastor
25 ml susu cair
1 biji telur ayam
Cara :
1.Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair dan selepas itu masukkan tepung dan pukul sampai sebati dan licin sehingga tiada ketulan.
2.Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat.
3.Masukkan dalam acuan dan kukus selama dua minit.

Bahan :
1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
10 sudu besar gula
3 biji telur ayam Gred A
Cara :

1.Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar selama lima minit.
1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tetapi tak perlu letak soda dan baking soda)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam halus
Cara :
1.Selepas itu, masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas besar, masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup balik sampai sebati.
2.Tapis adunan untuk elak ada yang berketul.
3.Kemudian tuang ke atas cheese yang sudah dikukus tadi. Kukus balik selama tujuh minit atau sehingga masak.
4.Kukus menggunakan api sederhana.

Sumber : Zubaidah Awang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI