Suami Dalam Bahaya Bila Buat Bodoh Semasa Isteri Merajuk Atau Cemburu

Share

Cemburu biar bertempat. Tahukah anda, cemburu jika tidak dibendung boleh membawa kepada masalah jiwa! Sebelum merebak, atasinya segera. Ini solusi untuk lelaki, suami yang berhadapan dengan isteri kuat cemburu.

  1. Tegur Dengan Suara ‘Macho’
  • Bagi kaum Adam yang cakna dengan emosi si Hawa, mereka tahu bagaimana untuk mengawal situasi apabila pasangannya mulai cemburu. Salah satu solusi adalah menegur dengan suara perlahan. Nampak seperti remeh, tetapi kesannya agak mengagumkan. Harus diketahui bahawa wanita tidak boleh menerima pasangan yang sengaja berdiam diri tanpa memberi jawapan apabila ditanya ataupun menengkingnya tatkala meminta jawapan. Jalan terbaik, lelaki harus memberi jawapan dengan nada suara yang sederhana dan tidak tergagap-gagap. Sedikit sebanyak emosi cemburunya akan sedikit kendur.

  1. Penjelasan Hanya Sekali
  • Bukan tidak mahu melayan pertanyaan tetapi cukuplah hanya sekali. Andai masih lagi tidak percaya, terpulang. Lelaki enggan bertikam lidah mengenai perkara yang tidak penting. Contohnya, cemburu kerana rakan-rakan. Huh, alangkah ruginya bergaduh mengenai rakan-rakan yang setiap hari bergaul. Pasangan pula haruslah berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama ingat mengingati mengenai hubungan yang terjalin.

  1. Kenang Momen Indah
  • Pujuk sudah merayu pun sudah tetapi pasangan masih lagi merajuk. Garu kepala nak buat apa lagi. Apa kata anda cuba buka topik perbualan baru dengannya mengenai kenangan indah berdua. Contohnya, kenangan lucu, pertemuan pertama dan lain-lain.

  1. Selalu Yakinkan Pasangan
  • Jika pasangan sering bertanya itu dan ini sehingga menyemakkan fikiran, pegang tangannya dan bagitahu bahawa anda adalah miliknya selama-lama. Jangan gusar mengenai hubungan ini dan yakinkan pasangan agar dia yakin dengan anda.

 

  1. Wanita hanya inginkan perhatian
  • Perlu tahu bahawa perhatian amat penting dalam suatu perhubungan. Anda tidak boleh pertikaikan perkara ini. Apa kata dalam kesibukan kerja tu, cuba layangkan satu mesej ringkas tetapi penuh bermakna. ‘Hai sayang, rindu kat awak la…bye’. Buangkan ego sedikit, setidaknya dia tidak berfikir bukan-bukan sepanjang ketiadaan anda di rumah.
Published by
Kim