Dalam kehidupan berumahtangga, usahlah masing-masing memandang tanggungjawab yang dilakukan sebagai “kerja” atau “beban” yang terpaksa dilakukan kepada pasangan masing-masing. Setiap peranan itu, lakukan dengan ikhlas bukan secara paksa rela, barulah keberkatan dirasai oleh pasangan.
Pandangan seperti ini akan menyebabkan masing-masing mudah kehilangan motivasi untuk berbuat baik kepada pasangannya.
Bahkan masing-masing akan berkira “Saya dah buat ini, dia tak buat itu pun” atau “Saya dah buat macam-macam, dia dah buat apa?”
Sebaliknya hendaklah suami dan isteri memandang peranan masing-masing sebagai satu amal soleh di sisi Allah.
Suami yang soleh kepada isterinya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah sementara isteri yang soleh kepada suaminya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah. Masing-masing berlumba-lumba untuk beramal soleh dalam berperanan sebagai suami dan isteri.
Berdasarkan pandangan yang positif seperti ini, akan tertegaklah sebuah rumah tangga yang bahagia.
Bahagia kepada suami, bahagia kepada isteri dan bahagia kepada anak-anak. Lebih penting, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berani Bertemu ibu bapa si dia adalah gambaran anda serius menjalinkan hubungan dengan keluarganya
Restu daripada ibu bapa adalah sesuatu yang harus diperolehi terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah perhubungan. Namun begitu, kadang-kala untuk menuju ke fasa yang seterusnya ia mungkin sukar bagi sesetengah pihak. Ini kerana ianya dihalang oleh keluarga terutamanya daripada ibu dan bapa bakal pasangan.
1. Cari Punca
Perkara pertama yang anda dan bakal pasangan anda perlu lakukan adalah mencari punca kenapa ibu bapa bakal pasangan tidak suka kepada anda. Adakah kerana anda pernah menyinggung perasaan bakal mertua atau ada hal lain yang membuatkan mereka tidak suka kepada anda? Ini adalah sesuatu yang perlu disemak bagi mengetahui perkara akar umbi yang membuatkan masalah ini berlaku.
Sebagai contoh, ada sesetengah ibu bapa yang sebenarnya bukan tidak suka kepada peribadi atau fizikal anda. Cuma mereka mungkin risau dari segi kemampuan anda terutama bagi lelaki untuk menyara anak perempuan mereka. Jadi jika ini adalah puncanya, maka si lelaki mesti memainkan peranan bagi meyakinkan bakal mertuanya dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan sebagainya.
Oleh sebab itu, mencari punca adalah perkara yang sangat penting bagi merancang tindakan yang bakal diambil nanti.
2. Perbaiki Tingkah Laku
Tip kedua yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbaiki tingkah laku terutama ketika berhadapan dengan bakal mertua. Benar akhlak adalah sesuatu yang spontan dan tidak boleh dilakonkan. Namun begitu, akhlak sebenarnya boleh dibaiki. Sebab itulah kita selalu dengar orang yang tidak baik dan nakal boleh menjadi baik. Ia adalah perubahan ke arah kebaikan yang sangat dituntut dalam agama Islam.
Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Ar-Rad yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Rad : Ayat 11)
Orang tua biasanya akan tertarik kepada perlakuan sopan-santun dan sikap ramah-mesra. Apabila akhlak dan tingkah laku anda menjadi baik, maka ia mungkin dapat menarik minat dan perhatian bakal mertua anda untuk menjadikan anda sebagai salah seorang menantu pilihannya. Tidak salah mencuba kan?
3. Sering Bertemu Dan Bersua Muka
Berani bertemu dengan ibu bapa si dia akan memberikan gambaran bahawa anda serius untuk menjalinkan hubungan dengan keluarganya. Jika anda tidak pernah bersua muka dengan ibu bapa bakal pasangan, mereka akan lebih mudah menolak hubungan anda dengan anak mereka. Ini kerana mereka tidak kenal siapa anda.
Namun apabila kerap berjumpa, walau pada awalnya mungkin terdapat halangan atau perasaan tidak suka, semuanya boleh berubah. Jika anda bersabar dan memberi masa, mungkin akan timbul pula keserasian dan kemesraan antara keluarga si dia dengan anda.
4. Beli Hadiah Atau Buah Tangan
Sifat manusia secara kebiasaannya sukakan hadiah ataupun buah tangan. Oleh sebab itu, anda harus mengambil tahu apa kesukaan ibu bapa si dia. Sebagai contoh jika si ibu suka memasak, maka hadiah yang boleh anda beli mungkin berupa peralatan memasak.
Saya berpendapat membeli hadiah atau buah tangan merupakan pendekatan yang paling senang yang boleh anda lakukan bagi mengambil hati mereka. Jangan kedekut.
5. Berbincang Dengan Baik
Perbincangan atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘syura’ adalah perkara yang sangat digalakkan dalam Islam ketika berhadapan dengan sesuatu krisis atau masalah. Allah S.W.T. telah menyebut di dalam surah Ali Imran yang bermaksud:
“…Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran : Ayat 159)
Ketika dalam fasa perbincangan ini, ambil kesempatan untuk menanyakan dengan baik-baik berkenaan perkara yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan restu mereka. Pada masa ini juga teknik komunikasi yang baik sangat diperlukan untuk berhadapan dengan bakal mertua supaya mereka tidak terasa hati dan beremosi.
Pada masa yang sama, si anak juga harus bijak memberikan pendapat dan menyokong bakal pasangan mereka. Perbincangan yang baik dan berkesan, insya-Allah akan memberikan keputusan yang baik untuk semua pihak. Semoga bermanfaat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaduh Macamana Sekalipun, Jangan Tidur Asing. Ini Korang Kena Tahu!
Bila bergaduh, mulalah ego masing-masing datang. Tak nak bertegur, tak nak pandang sekalipun. Kadang-kadang sampai terbawa tidur. Tapi ingat tak pesan orang tua kita, gaduh macamana sekalipun, jangan tidur asing. Ini 5 sebab korang kena tahu.
Hilang masa paling berharga.
Akan Effect Mood Esok.
Berlakunya salah faham.
Emosi anak terganggu.
Rumahtangga hambar
TEMPAT TIDUR BERSAMA PATUT MENJADI RUANG PALING SELESA
Terbukti, sains dan psikologi juga menyarankan agar semua pasangan mengekalkan tabiat tidur sekatil walaupun hubungan telah lewat usia. Tapi bila dah sekatil, jangan pula asyik dengan gajet masing-masing sampailah lewat malam.
Pandanglah wajah pasangan. Tanyakan tentang hari mereka. Berguraulah. Berpelukanlah. Biarlah tempat tidur bersama menjadi tempat kita untuk kita ‘recharge’ dan berasa lebih gembira – bukan sebaliknya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Itu Pernah Menjadi Baru Tapi Cinta Isteri Takkan Pernah Menjadi Cinta Lama
Apa sahaja penulisannya mengenai isteri pasti mendapat perhatian wanita-wanita. Masakan tidak, setiap bait-bait lelaki yang dikenali Mizan Dzai ini sentiasa memahami kehendak dan perasaan seorang isteri. Dia berkongsi bahawa isteri itu pernah menjadi baru tapi cintanya takkan berubah menjadi cinta lama terhadap suami.
ISTIMEWANYA ISTERI.
Aku pasti tak semua isteri itu pemalas dan tak hormat pada suami, aku percaya tak semua suami itu culas dalam tanggungjawab dan tak menghormati isterinya.
Sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dalam kehidupan berumah tangga.
Orang cakap, penulisan aku beratnya lebih kepada isteri dan bukannya suami. Bagi aku, siapa aku untuk mempersia atau menidakkan jodoh yang Allah berikan?
Kerana apa?
KERANA ISTERI ATAU WANITA INI BEGITU ISTIMEWA DAN TINGGI DARJATNYA DI ANGKAT ALLAH, LANTAS KITA SEBAGAI SUAMI ATAU LELAKI, LAYAKKAH KITA UNTUK PERLAKUKAN SEBALIKNYA?
DOA SEORANG ISTERI YANG TAAT, MEMILIKI KEKUATAN 70 WALI ALLAH.
ISTERI YANG MEMBUATKAN MINUM SUAMI TANPA DIMINTA, PAHALANYA 3 KALI KHATAM QUR’AN.
MASAKAN ISTERI YANG DILAKUKAN SECARA SUNNAH DAN DIMAKAN SUAMI BESERTA KELUARGA, PAHALANYA SEMUA UNTUK ISTERI DAN DOA SUAMI YANG MEMAKAN MASAKANNYA MENJADI DOA YANG DI IJABAH.
ISTERI YANG MEMBANGUNKAN SUAMI UNTUK SOLAT ATAU MENGINGATKAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID PAHALANYA 27+1, LEBIH DARI SUAMI YANG BEROLEH 27 KALI PAHALA BER
BILA SEORANG SUAMI PULANG DENGAN GELISAH DAN ISTERI MENGHIBURNYA MAKA ISTERI MENDAPATKAN 10 PAHALA JIHAD.
BILA SEORANG WANITA HAMIL, SOLATNYA DUA RAKAAT ADALAH LEBIH BAIK DARI 80 RAKAAT SOLAT WANITA YANG TIDAK HAMIL.
BILA SEORANG WANITA HAMIL AKAN MENDAPAT PAHALA 70 TAHUN SOLAT DAN 70 TAHUN JEMAAH.
ISTERI YANG KEPENATAN BANGUN MALAM KERANA ANAKNYA MINTA SUSU SAMA DENGAN PAHALA 70 KALI HAJI MABRUR.
SEORANG ISTERI BERGELAR IBU YANG MENYUSUI SETIAP TITIS SUSUNYA BERNILAI 200 KALI SOLAT KHUSYUK DAN DOANYA DI IJABAH’ (FADILAH WANITA)
BURUNG DI UDARA DAN MALAIKAT DILANGIT AKAN SELALU MEMINTAKAN KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SELAMA ISTERI DALAM KEREDHAAN SUAMI.PUASA.
WANITA YANG MENCUCI PAKAIAN SUAMI DAN ANAK-ANAKNYA AKAN MENDAPAT 1000 KEBAIKAN DAN AKAN DIAMPUNI KESALAHANNYA, BAHKAN SEGALA SESUATU YANG DISINARI MATAHARI MEMINTAKAN AMPUN BAGINYA DAN ALLAH SWT MENGANGKAT DARJATNYA 1000 TINGKAT.
WANITA YANG MENYUSUI ANAKNYA, MAKA SETIAP TITISAN AIR SUSU TERSEBUT AKAN MENDAPATKAN 1 PAHALA DAN APABILA CUKUP 2 TAHUN MENYUSUI MAKA MALAIKAT DILANGIT AKAN MENGKHABARKAN BERITA BAHAWA SYURGA WAJIB BAGINYA.
APABILA SORANG WANITA KEDATANGAN HAID MAKA HAIDNYA AKAN MENGHAPUS DOSA-DOSANYA.
APABILA ISTERI MEMBACA, PADA HARI PERTAMA KELUAR HAID “ALHAMDULILAHI ALA KULLU HALIN WA ASTAGFIRULLAHAMIN KULLI ZANBI” MAKA ALLAH SWT AKAN MEMBEBASKANNYA DARI JAHANAM, SHIRAT DAN AZAB.
SETIAP HARI DARI HAIDNYA, ALLAH TINGGIKAN DIA DENGAN PAHALA 40 ORANG MATI SYAHID APABILA DIA BERZIKIR.
Subhanallah, sayangnya Allah terhadap kaum wanita.
Kekadang kita sebagai lelaki terleka, terlena dengan barang baru tapi jangan pernah lupa bahawa di sisi kita, isteri itu pernah menjadi baru tapi cinta isteri takkan pernah menjadi cinta lama buat kita sebagai suaminya.
Semoga kita mendapat pasangan hidup yang Soleh dan Solehah. Semoga kita peroleh keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.
Kita semua suami atau isteri, mulakan dari sekarang. Banyak reward dan pahala kalau suami kongsi pada isteri, In shaa Allah.
#SuamiMithali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI