Siapa yang taknak hidup mewah. Lagi banyak harta yang boleh dibeli, lagi seronok nak tayang pada orang. Kan? Kebiasaannya, para suami yang suka kereta-kereta mewah. Sampai nak bagi makan anak isteri pun kena ikat perut.
Bab duit, suami rasa dialah paling bijak kawal ekonomi keluarga. Kalau isteri yang rasa nak membeli sesuatu menggunakan duit suami, suami cepat membantah. Tapi kalau suami yang berkeinganan, macam-macam teori dia bagi pada isteri.
Contohnya macam cerita yang dikongsikan Dr Azizul Azli Ahmad ini…
SUAMI NAK VELLFIRE PULAK!
Dalam rumah tangga, jika suami tak dominan bab kewangan. Isteri boleh ambil peranan.
Jika suami tak kisah bab duit, gaji dan belanja. Isteri belajarlah urus bab kewangan dalam rumah tangga.
Jika isteri tak kisah bab duit, suami juga tak pernah kisah. Berhati hatilah, duit akan jadi punca masalah nanti.
Menjaga rumah tangga itu, macam menjaga belanjawan sebuah negara.
Jika tak ada bajet, tak tahu sumber pendapatan berapa, belanja ikut suka. Itu bahaya.
Kawan kawan,
Bila kita tahu, kita lemah bab duit.
Lantik isteri jadi Menteri Kewangan Keluarga kita. Jangan malu mengaku kita tak pandai.
Bagi mereka jadi tukang audit kita nak beli dan ada apa nanti.
“Belum masanya abang pakai Vellfire nie. Saya bantu abang buat simpanan dan pelaburan sampai mempu pakai nak?”
Jika kita Ikut nafsu gorila kita semua benda ‘mampu’ beli. Hakikatnya semput macam nak mati.
Kerja kita cari duit dan rancang kemana matlamat keluarga.
1. Bila nak beli rumah utama keluarga.
2. Bila nak ada Vellfire buat keluarga bahagia.
3. Bila nak jalan jalan di Bali bersama sama.
4. Bila tabungan persaraan akan ada sejuta pertama.
Kita rancang, bini semak dan dia bantu tentukan mana bagus buat kita.
Ada kala cadangannya tak boleh pakai juga.
Maka sangat perlu jadi Perdana Menteri yang bijaksana dalam keluarga
Suami Yang Beli Kereta, Isteri Pula Kena Tanggung BEBAN Belanja!
Kredit foto: Facebook Dr Azizul Azli Ahmad
Gittew.
Abah Qilah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI