Hubungan

Suami Handsome, Isteri Lawa, Harta Banyak Semua Itu Sekadar Pinjaman

Share

Pernah tak kita terfikir Apa yang kita miliki ini hanya pinjaman?

Harta? kasih sayang? udara? langit? cahaya? pantai? semuanya? ah! termasuk ROH dan JASAD kita ini siapa yang punya? semuanya hanya PINJAMAN semata-mata.

Sejauh mana kita menyedarinya kita perlu menelitinya. Bagaimana?

Bagi yang kaya mereka memiliki segala harta kekayaan tetapi itu siapa punya? Adakalanya kita lupa dan sering beranggapan itu kita punya tetapi sedarkah tidak kita itu hanya pinjaman.

Bila kita berada di tempat orang di mana tiada siapa yang kita kenali di situ kita menyedari yang kita ada itu hanya pinjaman.

Bagi yang miskin pula, ya kita tidak memiliki harta tetapi sedarkah kamu bahawa kita diberi pinjaman kasih sayang yang orang kaya tidak ada. Cuba renungkan.

Walaupun kita miskin tapi kita ada banyak kasih sayang yang orang lain tak miliki.

“Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

(surah al Hajj ayat: 64 )

Bila berada ditempat orang tanpa ada siapa di sisi di situ kita mengetahui kita ini kaya atau miskin dan apa itu pinjaman. Allah mengujarkan kita untuk berhijrah. Maksudnya melihat alam sekeliling kita ciptaan-Nya. MashaAllah… SubhanAllah.

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (Surah At-Taubah : 24)

Pinjaman yang Allah bagi tu ada di mana-mana.

Sebagai contoh tika kita dalam kesusahan di tempat orang tiada kenderaan untuk pergi ke satu destinasi dan kemudiannya Allah menurunkan pertolongan. Nah! Apakah itu? bukankah itu satu bentuk pertolongan?

MashaAllah.

Saat berada di tempat orang mungkin kita berkira-kira tiada siapa akan mengenali kita. Tapi tidakkah kita berfikir bahawa kita semua mahkluk ciptaan Allah.

Saat sedih ditempat orang dan tiada siapa yang mengetahuinya dan ketika itu Allah menurukan beberapa bentuk petolongan kecil bagiNya tapi amat besar bagi kita.

Saat itu adanya teman untuk kita meluah mendengar rintihan kecil dan mendengar setiap tangisan kita. Nah, itu dia pertolonganNya.

Ketika kita sakit, terlantar di tempat orang dan kaum keluarga tiada apakah wajar kita mengatakan saat sakit yang Allah bagi itu satu penderitaan padahal sakit itu pengampun dosa.

Besar betul pinjaman yang Dia bagi selama ini. Diberi-Nya kesihatan pada kita tapi kenapa tiba Dia memberi kesakitan?

Pasti alasannya agar kita sedar hanya Dia pemilik segalanya.

Sanggupkah kita mengatakan hidup kita ini miliki kita? padahal semuanya hanya pinjaman.

Hari ini, saat aku bersendirian di tempat orang. Melihat sekeliling aku kosong dan tiada siapa yang sanggup menemani aku dan airmata namun Allah memberikan aku kesihatan untuk melakukan solat sunat aidiladha.

Waktu itu aku merasakan ya Allah khilafnya aku.

Samada sedar atau tidak

Ada seseorang yang tidak aku kenali menegurku.

“Anak tak balik?”

“Tak pak cik, saya orang jauh.”

“Jemputlah pi korban nanti.”

“In sha Allah”

Hanya dua ayat cukup bagi aku. Kenapa?

kerana hidup di muka bumi ini hanya kita yang menentukan sama ada kita sedar atau tidak. Kita tidak pernah bersendirian. Allah senitiasa ada melihat kita. Mendengar setiap rintihan hati kita. Perlukah kita mengatakan kita sendirian?

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.

(Surah An-Nisaa-ayat 126)

Ya Allah, kembara sufi aku di tempat orang menyedarkan aku bahawa segala yang aku miliki hanya pinjaman tatkala berada di tempat sendiri aku rasa aku kaya akan kasih sayang keluarga tercinta tapi saat berada jauh di perantauan kau turunkan aku dengan insan lain yang masih mampu mengubat sedikit kerinduan ini.

Ya Allah tatkala aku merasakan hidup gah ditempat sendiri dengan harta kekayaan namun bila di tempat orang aku sedar. Harta aku miliki ini bukan pula milikku. Semuanya milik-Mu.

# p/s wahai manusia celiknya iman kita bila celiknya fikiran kita. Padangan ciptaan-Nya pasti kita tahu tidak semua yang kita miliki ini akan kekal abadi tapi percayalah Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.

Artikel ini adalah perkongsian artikel daripada  (Blog Effa | Emel)

Published by
Kim