Untung dapat suami yang kreatif, rumah jadi cantik tanpa perlu keluarkan bajet besar. Maklumlah, golongan isteri cukup suka kalau tengok suasana rumah sesekali berubah.
Seperti yang dibuat dalam kediaman saudara Shamsul Dekcik ini, nama saja grand tapi modal tak banyak pun dalam RM150 saja.
Jika nak guna idea ini di rumah sendiri, boleh ikut perkongsian dari beliau.
1. Kayu beli di kedai hardware, harga RM0.30 sekaki, total 80 kaki. Makanya kos kayu RM24 sahaja. Guna kertas pasir untuk licinkan sikit permukaan kayu.
2. Tampal kayu pada dinding, boleh buat 1 kotak bersaiz 2×2 kaki. Setelah gam kering, boleh cat ikut warna kesukaan. Gam kayu boleh dibeli di Shopee. Hanya pakai 2 botol saja untuk gam kayu & cermin.
3. Cermin beli di kedai DIY harga RM5.30/pcs. Bingkai warna hitam tapi saya cat warna putih. Boleh juga tempah cermin di kedai cermin dgn harga rm15/pcs atau pakai mirror diamond. Ikut bajet anda.
Haa… ini lah hasilnya, sudah siap grand mirror yang dibuat!
Selamat mencuba!