Lumrah wanita memang suka membebel. Apalah lagi jika dalam kepenatan, maka semakin bertambahlah bebelan wanita. Makum sahaja bila badan dah penat segala benda boleh keluar dari mulut wanita.
Sebagai suami, anda haruslah banyak bersabar dan bertolak-ansur. Jika suami tidak bijak mengawal emosi, silap-silap boleh menimbulkan perbalahan. Memahami keadaan suami yang ada ketikanya tidak dapat menerima bebelan isteri, Dr Taufiq Razif berkongsi tip agar suami dapat menangani situasi ini dengan baik.
Tip 1: Isteri masuk kereta terus matikan segala jenis bunyi-bunyian cd ataupun radio
Isteri balik je kerja saya akan matikan segala jenis bunyi bunyian cd ataupun radio dan saya akan fokus 100% apa yang akan berlaku nanti.
Seperti yang dijangka, bila isteri masuk je kat dalam kereta, dia akan mula bercerita…
Ya Allah abang, banyak nya la pesakit harini. Tak berhenti yang datang! Nak makan pun tak sempat ni bang walaupun dah pukul 5 petang. Ada pesakit yang datang nak suruh kita rawat dia tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik. Suka bagi makanan.
Belum campur dengan penyakit budak yang muda muda dah kena kencing manis. Bila ditanya rupanya mak dia suka bagi minum air gas masa kecik-kecik. Tepuk dahi bang!
Pastu kan bang…
bla..bla..
Pastu kan..
bla bla bla..
Tip 2: Saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil
Cerita ni akan berterusan sampai la wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-perlahan menjadi tenang dan riang. Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda tu nampak simple je tapi benda tu la sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.
Tip 3: Suami kena bersedia untuk mendengar
Wanita tak sama macam lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar.
Wanita ni istimewa. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya. Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumahtangga jadi lebih bersinar dan bercahaya dan anak-anak pun jadi lebih tenang dan mendengar kata.
Taufiq Razif,
Suami Bertelinga Besi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI