Tajuk kali ini santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang ‘couple’, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Sebab apa? Ini lah antara sebabnya.
1 – Update Emosi
Bukan ‘apple ios’ je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
2 – Confessions Time
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Ads
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.
3 – Depression Prevention
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
4 – Nafkah Batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
Ads
5 – Love Birds
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Ads
Sumber : Najmi Nawawi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betulkah, setiap kali hendak keluar rumah isteri mesti meminta izin suami? Tidakkah syarat ini seperti merendahkan martabat isteri di zaman serba moden ini?
Pertama sekali perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah Islam diubahsuai mengikut zaman atau zaman yang diubahsuai mengikut Islam?
Jika kita beriman bahawa Islam adalah panduan hidup dan Islam sesuai untuk semua zaman hingga Hari Akhirat, maka zamanlah yang diubahsuai agar mengikuti petunjuk Islam.
Merujuk kepada isteri yang hendak keluar rumah, hendaklah disedari bahawa kedudukan asal seorang isteri adalah di dalam rumah berdasarkan firman Allah: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu. [al-Ahzab 33:33] Apabila isteri hendak keluar rumah, sekali pun ke masjid, hendaklah dia meminta izin suaminya.
Rasulullah bersabda: Jika salah seorang dari isteri kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah melarangnya. [Shahih al-Bukhari, no: 4837]
Lebih lanjut, keluar rumah terbahagi kepada empat kategori.
Pertama, keluar rumah yang sudah menjadi kebiasaan seperti isteri keluar untuk ke pejabat atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Maka untuk kategori pertama ini, memadai mendapat izin untuk kali yang pertama daripada suami. Keizinan daripada suami merangkumi setiap kali isteri hendak keluar rumah atas tujuan-tujuan tersebut.
Kedua, keluar rumah yang bukan kebiasaan seperti menziarahi rakan. Maka hendaklah meminta izin suami.
Ketiga, keluar rumah dalam keadaan terdesak seperti ke klinik membawa anak yang jatuh bermain basikal. Dalam kes terpencil seperti ini, tidak perlu mendapatkan izin suami jika masa atau keadaan tidak mengizinkan. Namun hendaklah dikhabarkan kepada suami apabila mendapat kelapangan.
Keempat, keluar rumah untuk tujuan maksiat, seperti menyertai kumpulan rakan-rakan yang dikenali suka bergosip dan menyebarkan aib tentang orang lain. Maka tidak perlu keluar rumah, tidak perlu minta izin suami dan tidak perlu mematuhi meski pun suami mengizinkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah tangga yang dibina dengan tolenrasi dan saling memahami antara satu sama lain boleh menjadi magnet pelekat bahagia. Ia penting bagi merapatkan hubungan suami isteri sekali gus mengukuhkan institusi kekeluargaan.
Kemesraan perlu dikekalkan agar hubungan yang dibina tidak hambar sehingga membawa kepada perselisihan faham ataupun kasih menjadi semakin pudar yang akhirnya menjurus kepada penceraian. Tidak kira pasangan lama ataupun baharu, setiap pasangan berhak untuk mendapatkan kasih sayang dan bajai rumah tangga dengan kebahagiaan.
Jika anda sayangkan pasangan, lakukan 15 tip mudah ini untuknya. Pasti rumah tangga anda berdua kekal romantis dan bahagia seperti baharu berumah tangga
1. Walau apa yang terjadi, jangan pernah berhenti untuk berdoa kepada Tuhan agar diberi rumah tangga yang diberkati dan sentiasa disayangi pasangan.
2. Tingkatkan romantis dengan sama-sama menyediakan juadah makanan dan saling makan bersuapan dengan pasangan.
3. Usah lokek untuk memuji pasangan agar dia tahu anda prihatin terhadapnya sekali gus meningkatkan rasa perhargaan anda buat pasangan.
4. Beralah dan segera memujuk pasangan jika berlaku perselisihan faham serta jangan biarkan anda berdua tak bertegur sapa dalam tempoh yang lama.
5. Ucapan terima kasih walaupun nampak simple tapi buat pasangan rasa dihargai dan berbesar hati.
6. Simbahi kasih sayang dengan sentiasa mengungkapkan kata-kata romantik kerana ‘ yang sentiasa ada taman mampu menyemarakkan lagi rumah tangga.
7. Peluklah pasangan tujuh kali sehari kerana ia mampu memupuk kemesraan dan mengukuhkan anda berdua dalam satu ikatan yang erat.
8. Jangan halang atau ganggu pasangan melakukan hobi yang digemarinya dan beri sokongan buatnya walaupun anda sekadar menemani.
9. Duduk berdua dalam rumah bukan alasan untuk anda tidak mahu bersiap dan berpenampilan kemas dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Ia penting agar pasangan tak jemu memandang anda.
10. Jagalah maruah pasangan dan jangan aibkan pasangan ketika di hadapan keluarga atau rakan-rakannya.
11. Belikan hadiah yang pasangan boleh guna setiap hari seperti beg tangan, kasut, pakaian atau dompet agar anda tahu yang pasangan menghargai pemberian tersebut.
12. Jadilah seorang pendengar yang baik dan jangan jemu untuk menadah telinga anda mendengar segala keluhan atau ceritanya walaupun ia agak membosankan.
13. Bijaklah mengambil hati pasangan dengan sentiasa mempamerkan keprihatinan anda kepadanya seperti menegur pasangan, “Kenapa nampak letih hari ni? atau “Sudah makan?”.
14. Usah membebel jika pasangan sesat ketika memandu dan jangan ganggu pemanduannya untuk dia ikut jalan pintas yang anda tahu.
15. Fahami jika pasangan ingin bersendirian jika berdepan dengan masalah, janji dia maklumkan kepada anda tempoh yang dia perlukan untuk bersendirian.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!