Tajuk kali ini santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang ‘couple‘, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Sebab apa? Ini lah antara sebabnya.
1 – Update Emosi
Bukan ‘apple ios’ je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
Ads
2 – Confessions Time
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.
3 – Depression Prevention
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2022. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
Ads
4 – Nafkah Batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil annual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
Ads
5 – Love Birds
Moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak createmoment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Sumber : Najmi Nawawi
Kredit foto: Instagram Scha al-Yahya
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perhubungan kadang kala kita tidak menyedari bahawa ada perkara yang dilakukan menimbulkan rasa tidak senang di hati pasangan. Ketahuilah bahawa perkara yang remeh boleh menjadi punca kurangnya kasih sayang dalam suatu perhubungan. Cinta yang kurang bersinar mungkin menyebabkan perpisahan. Walaubagaimana pun semua orang mahupun anda mempunyai kekurangan tertentu. Atasinya segera.
Kurang keyakinan diri
Sifat rendah diri atau tidak yakin dengan setiap keputusan, mungkin akan menyebabkan pasangan memandang rendah kebolehan anda. Jika dibiarkan, lambat laun pasangan mungkin menafikan hak anda dalam membuat keputusan. Untuk mengelakkan cinta yang dibina menjadi kusam, anda perlu bangkit mencari kekuatan diri. Setidaknya dalam 10 keputusan, empat darinya anda yang memberi kata putus.
Kaki Gajet
Anda sentiasa dengan telefon pintar atau gajet-gajet terkini sehinggakan anda kurang berkomunikasi dengan pasangan. Apabila pasangan memanggil, anda hanya mengangkat kening tanda menyahut tetapi mata masih lagi berada di skrin telefon. Erm, ini tidak bagus sebenarnya. Buangkan sikap sebegini kerana gajet termasuk antara faktor utama punca penceraian atau perpisahan. Bagi kaki gajet, sedar tau tidak anda sebenarnya kurang berkomunikasi dengan pasangan. Sekaligus mewujudkan jurang yang akhirnya berakhir dengan perpisahan.
Suka Hati Menetapkan Tarikh Dating
Peringatan untuk pasangan bercinta, anda tidak boleh sesuka hati menetapkan tarikh untuk berjanji temu. Harus ada persetujuan antara dua pihak. Takut dikhuatir nanti bakal membuatkan pasangan rasa tidak cocok dengan cara kehidupan kamu dan akhirnya mengurangkan rasa cinta yang sedang mekar.
Nafas berbau
Jika selekeh tidak mengapa lagi tetapi jika mulut sentiasa berbau, anda harus lakukan sesuatu untuk mengelakkan orang di sekeliling terutamanya pasangan. Setiap hari kita akan mengalami masalah mulut disebabkan makanan tetapi tidak berpanjangan. Mulut yang berbau akan menyebabkan masalah berkomunikasi. Jika dibiarkan pasangan mungkin cuba untuk mengelak dari bercakap panjang dengan anda.
Gemar Bercakap Mengenai Pasangan
Sedar atau tidak sedar, anda sebenarnya sedang bercakap mengenai hal pasangan sendiri kepada orang lain. Apabila perkara ini sampai kepada si dia, mungkin membuatkan dia berasa malu dan tidak selesa. Contohnya, anda memuji bahawa pasangan anda seorang yang pembersih ketika berada di rumah dan perkara ini sampai kepengetahuan dia dari mulut sahabat anda sendiri. Walaupun perkara itu satu pujian tetapi mungkin terdapat rasa tidak selesa di hatinya apabila anda menghebahkan perkara yang tidak perlu terutamanya perangai sebenar di rumah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelbagai kisah ditipu scammer membuatkan kita berhati-hati untuk mengangkat sebarang panggilan telefon terutamanya yang tertera kod 03 kerana kebanyakan scammer menggunakan nombor kod 03 (Kuala Lumpur) untuk menipu mangsa mereka.
Jadi, kadangkala kita akan mengabaikan panggilan telefon yang diragui kerana tidak mahu menjadi mangsa yang seterusnya. Namun begitu, tidak semua nombor perlu diabaikan apatah lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Jika anda menerima panggilan daripada nombor 03-9833400, sila angkat kerana ia adalah nombor tulen dari pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk permohonan i-Akaun yang telah anda lakukan menerusi akaun 2 yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.
Dalam kenyataan di laman web rasmi KWSP, pihak KWSP memaklumkan bagi mana-mana permohonan i-Lestari yang sudah dibuat melalui emel sebelum ini, pihak mereka akan menyusul dengan satu panggilan rasmi untuk memberikan no TAC dari talian sehala mereka iaitu 03-89224000.
Anda juga diminta tidak menghubungi nombor 03-89224000 kerana ia adalah panggilan sehala sahaja.
Pihak KWSP juga memaklumkan bahawa nombor ini adalah tulen dan agen KWSP akan memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.
Talian ini beroperasi 7 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Pihak KWSP juga telah membuat satu inisiatif di mana anda boleh memohon menerusi laman web ilestari.kwsp.gov.my. Tidak perlu cetak borang, tidak perlu beratur di cawangan, semuanya hanya dalam talian. Mudah!
Dalam satu kenyataan pula, pihak KWSP memaklumkan bagi permohonan i-Lestari online, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dalam 5 hari bekerja. Manakala permohonan yang dibuat secara manual, ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.
Bagi para pemohon, sila bersabar kerana memang banyak permohonan yang diterima dan pihak KWSP sedang berusaha untuk membantu kita semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda takut ditipu dalam memilih servis katering? Di sini kami sediakan cara mudah pilih katering majlis kahwin untuk elak senang ditipu
Memilih servis katering adalah perkara asas yang perlu pengantin tahu selain daripada barang hantaran dan persiapan untuk majlis perkahwinan nanti. Selalunya pemilihan servis katering ini dilakukan oleh kedua ibu bapa pengantin kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam perkara ini. Berikut disertakan cara memilih servis katering dan bagaimana untuk elak daripada ditipu.
Quotation
Quotation ialah perkara yang paling penting sebelum berurus niaga lebih terperinci. Dapatkan quotation yang lengkap mengenai servis katering yang ditawarkan termasuk jenis makanan, harga makanan dan peralatan yang digunakan.
Pilih Katering yang Menawarkan Tawaran Menarik
Selain daripada harga, pilih katering yang menawarkan tawaran lebih menarik seperti jumlah makanan untuk berapa orang dan jenis makanan yang ingin disediakan. Elak katering yang menyediakan makanan kurang daripada jumlah tetamu yang dijemput.
Food testing
Pastikan anda mencuba makanan yang dipilih dan membuat pilihan tepat. Jangan nanti pada hari perkahwinan, jenis makanan yang anda pilih tidak sama seperti yang terdapat di dalam gambar. Rasanya apatah lagi jika anda tidak merasa makanan tersebut sewaktu berurusan dengan pihak katerer.
Face-to-Face
Pergi berjumpa sendiri pihak katerer yang anda telah pilih. Jangan wakilkan sesiapa sama ada kawan, sepupu, saudara mara atau sesiapa sahaja untuk berjumpa dengan pihak katerer. Ini untuk dielak daripada ditipu.
Research
Buat sedikit research tenting syarikat katering yang ada di Malaysia. Cuba bandingkan harga antara servis katering setiap daripada katering yang ada. Pilih mengikut kemampuan anda dan jangan memilih mengikut hawa nafsu.
Cara Bayaran
Elakkan daripada ditipu mengenai cara bayaran dan caj tambahan yang dikenakan. Dapatkan maklumat mengenai cara bayaran dan caj lengkap katering yang anda pilih. Lebih elok tidak memberi atau membayar kesemua jumlah bayaran dahulu. Bayar secara ansuran atau separuh bayaran sebelum majlis dan separuh bayaran lagi selesaikan selepas majlis.
Tema Majlis
Ini ialah perkara yang selalu dipandang enteng oleh sebilangan pengantin. Pilih katering yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda. Jika tema majlis perkahwinan anda bertemakan Arabian, pilihlah makanan yang ada unsur makanan Arab. Ini sedikit sebanyak memberi tetamu pengalaman berlainan di majlis perkahwinan yang mengujakan.
Walaubagaimanapun, dalam memilih servis katering pastikan anda memilih katerer yang betul-betul anda percayai. Ini semua berkaitan dengan soal jumlah duit yang akan dilaburkan untuk majlis perkahwinan anda. Seeloknya berbincanglah dengan pasangan anda dan kedua-dua ibua bapa anda. Pastikan anda tidak ditipu.
Kredit: Ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!