Suami di mata seorang isteri bukanlah yang paling tampan, melainkan yang mampu membuatnya rasa tercantik di dunia. Buatkan Isteri rasa Bahagia. Insyaallah Rezeki anda melimpah ruah merata rata.
Mungkin kita rasakan ucapan terima kasih tu biasa-biasa je. Tapi bagi anak-anak amatlah bermakna. Bak orang kata, simple but meaningful. Dalam masa sama dapat didik anak untuk hargai orang lain. Lagi-lagi dalam rumah tangga ni, senang je nak berlaku pergaduhan.
Oleh itu, untuk mengelakkan daripada perkara ini terjadi hargailah pasangan anda. Mudahkan ucapan ‘Terima kasih sayang’ bila diberi sesuatu oleh mereka. Baru rasa dihargai. Ini antara 5 kebaikkan jika anda mengucapkan terima kasih. Tak susah pun. Selamat mencuba!
Ads
1. Membuat pasangan merasa bernilai
Terima kasih akan membuat pasangan berasa dihargai dengan bantuan yang mereka berikan. Ia juga akan membuatkan orang berasa gembira untuk membantu orang lain.
2. Memberi motivasi
Terima kasih akan memberi motivasi kepada seseorang untuk berbuat baik, dia akan berasa gembira melakukan kebaikan kepada semua orang. Ia juga akan memberi motivasi kepada ramai orang untuk berjuang untuk kehidupan, sama seperti senyuman yang luar biasa.
Ads
3. Boleh menyelesaikan masalah
Semua orang akan berasa tidak senang dan marah jika bantuan yang diberikannya tidak dihargai oleh orang itu. Dengan mengucapkan terima kasih, seseorang akan merasa dihargai kerana kebaikannya.
4. Menyenangkan hati
Semua orang akan berasa gembira jika mereka dapat berbuat baik kepada orang lain, terutama sekali dengan terima kasih hati orang itu akan merasa lebih bahagia daripada sebelumnya.
Ads
Jadi, sangat penting bagi kita untuk hidup dengan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah berbuat baik kepada kami. Di samping itu, terima kasih juga akan menjadikan dunia berasa aman dan damai.
5. Lembut hati
Dengan ucapan ‘terima kasih’ sebenarnya ia mampu melembutkan hati seseorang. Mereka akan rasa dihargai dengan ucapan itu. Ia seakan menghargai pengorbanan mereka buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berikut beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian agar keadaan badan anda tetap fit dan wajah anda tetap nampak berseri di hari bahagia itu nanti.
Rehat Secukupnya
Dengan istirehat dan tidur yang mencukupi membuatkan badan anda serta stress yang mungkin anda alami berada pada tahap terkawal. Wajah anda juga akan kelihatan lebih cerah kerana mata panda tidak akan menghiasi wajah anda sekiranya anda cukup rehat dan cukup tidur!
Jangan Lupa Bersenam
Bersenam bukan sahaja akan membuatkan badan anda terasa segar, malahan lebih bersemangat. Lakukan senaman secara rutin dan lihat hasilnya di hari bahagia nanti. Anda pasti akan kelihatan lebih fit dan segar.
Jaga Pola Makan Anda
Untuk tampil segar dan cantik berseri di hari perkahwinan anda nanti, anda perlu menjaga pola makan. Jangan kerana mahu berdiet, anda menghindari pelbagai makanan yang sepatutnya anda nikmati. Ia boleh membuatkan wajah anda nampak kusam dan tubuh badan menjadi lemah.
Info Ekstra!
Tips Diet Buat Bakal Pengantin
Pilih Makanan Sihat
Makan ulam-ulaman, buah-buahan serta sayuran lainnya untuk menjaga kesihatan anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan membantu tubuh untuk membuang racun-racun yang ada di dalam tubuh serta menjaga tekstur kulit anda.
Kurangkan Masin
Garam boleh membuatkan badan lebih mudah terkena dehidrasi dan juga boleh membuatkan selulit di tubuh anda bertambah teruk.
Hindari Makanan Bergoreng & Berlemak
Makanan tersebut boleh membuatkan badan anda tinggi kolesterol atau boleh membuatkan anda sakit tekak. Sedia maklum, jika kolesterol dalam badan terlalu tinggi ianya sekaligus membuatkan kulit muka mula dipenuhi jeragat dan biji-biji kolesterol di bawah mata.
Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Manis
Anda boleh menggantinya dengan buah-buahan segar atau madu untuk memenuhi pengambilan gula dalam tubuh anda. Gunakan gula gantian seperti stevia jika anda jenis yang tidak boleh jika tidak makan makanan manis. Ingat! terlebih gula penyebab penyakit kencing manis.
Minum Air Kosong
Pastikan anda minum air kosong atau air putih untuk menjaga kelembaban kulit anda. Set pada minda anda bahawa air manis TIDAK SEDAP! Amalkan air kosong boleh menjadikan kulit anda seperti bayi sekaligus membantu anda menurunkan berat badan menjelang hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa merancang bajet adalah fasa yang kritikal. Kalau salah bajet, alamat melopong la korang dan pasangan sampai ke akhir bulan. Lebih merana hidup mereka kalau buat loan, semata-mata nak buat majlis yang gah di mata para jemputan.
Nah, jemput hadamkan perkongsian Tuan Encik Fadli yang sempoi tapi awesome ini. Anak muda, Tok cadangkan korang baca dan buat 13 tip ini tanpa was-was.
Majlis kahwin : Sambut bagai ‘anak raja,’ atau bersahaja?
Dah jadi perkara biasa setiap kali tiba musim cuti sekolah. Mesti banyak event orang kahwin.
Aku just nak kongsikan tip pada yang bakal mendirikan rumah tangga, sempena terbaca cara nak berjimat petang tadi. Dan kebetulan pulak, ada kawan minta pendapat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sharing aku pun mengikut pengalaman sendiri, dan cedok kisah-kisah orang sekeliling.
Aku nak highlight satu je benda paling asas kena buat sebelum kahwin, iaitu bajet. Caranya macam ni :
Tip #1 : Alang-alang buat bajet, biar lengkap terus
Kalau nak senang, gunakan Microsoft Excel. Sebab aplikasi ni boleh set formula.
Lagi detail (terperinci) bajet yang korang boleh buat, lebih bagus. Dari sebesar-besar perkara (seperti kenduri, jurugambar, barang hantaran, pelamin, dan lain-lain), sampai la sekecil-kecil benda (seperti duit mas kahwin yang wajib tu, kos mak andam, kos gubahan upah jurunikah, dan lain-lain).
Tip #2 : Dari bajet, alihkan ke checklist
Lepas korang buat bajet yang detail tu, dengan mudah, korang boleh generate senarai semak (checklist) untuk pembelian barang-barang keperluan kahwin nanti.
Tip #3 : Ikut keupayaan poket masing-masing
Ini penting. Korang kena pastikan bajet untuk kedua belah mempelai mengikut keupayaan poket masing-masing.
Kalau tak, besar kemungkinan poket korang ‘rabak’ adalah besar.
Tip #4 : Buat anggaran secara terperinci
Sebelum tidur tu, buat la sesi brainstorm untuk anggarkan kos masing-masing dan isikan kos setiap item dalam column ‘Budgeted’ atau ‘Estimated.’
Tip #5 : Bawa berbincang dengan pasangan
Kongsikan bajet yang korang tulis tu dengan pasangan. Masa ni, pastikan korang berterus-terang dengan kemampuan diri.
Jangan biarkan ego tu menebal dalam diri, dan jadi realistik sehabis mungkin.
Dan yang paling penting, capai kata sepakat. Jangan pulak masing-masing takde komunikasi. Kat sini la korang nak belajar bertolak ansur.
Tip #6 : Padankan duit yang ada dengan bajet
Jangan la bajet nak kahwin ala-ala putera @ puteri kayangan dalam rancangan Nona, tapi duit yang ada dalam poket hanya RM10,000 saja.
Silap haribulan nanti, ada yang menyanyi lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’ nanti.
Tip #7 : Wajib patuh 100% pada bajet
Apa function buat bajet, tapi tak ikut? Pegang ketat-ketat dan patuh bajet tu dalam memilih barang-barang persiapan.
Tip #8 : Gunakan column “Actual’ dalam bajet
Setiap benda yang telah dibeli atau ditempah, tulis perbelanjaan sebenar dalam column ‘Actual.’
Tip #9 : Usaha sehabis boleh untuk rendahkan bajet
Lagi rendah kos ‘Actual’ daripada ‘Budget,’ lagi bagus.
Contohnya, korang ‘Budget’ nak beli jam RM700. Tapi harga kos sebenar yang korang keluarkan adalah sebanyak RM550.
Penjimatan tadi itu la yang akan korang gunakan untuk menampung item-item lain, yang kos sebenarnya melebihi kos bajet. Contohnya, bajet cincin nikah RM900. Tapi kos sebenar yang korang keluarkan sebanyak RM1,200.
Tip #10 : Bincang dengan pasangan kalau si lelaki ‘kering’ selepas majlis
Contohnya, korang boleh tanya macam ni :
“Agak-agaknya, duit hantaran tu boleh ke pakai sikit untuk belanja lepas kahwin (seperti beli peti sejuk atau TV)?”
Nak lagi extreme, buat macam kak Anis Hafiza. Jadikan duit hantaran tu sebagai deposit untuk beli rumah.
Tip #11 : Sentiasa cari alternatif yang terbaik
Cuba buat berfikir panjang dulu semasa memilih barang. Korang boleh cari alternatif yang lebih menjimatkan.
Korang boleh apply cara ini, terutama sekali kalau nak beli barang-barang branded. Jangan fikir sangat apa orang kata. Bukan mereka tolong bayarkan pun.
Tip #12 : Elak berbelanja sampai diri sendiri terkena
Tak payah buat 2 – 3 custom album, gambar kahwin crystal bagai, yang menelan kos hingga beribu-ribu. Akhirnya, semua tu terperuk dalam stor je.
Ataupun kad kahwin yang korang susah-payah tempah kat Bandung. Akhirnya jadi penghuni tong sampah jugak.
Apatah lagi pelamin yang tersergam indah demi kepuasan diri untuk menagih pujian para hadirin.
Pada pandangan aku, yang paling penting adalah makanan. Biar simple, tapi sedap – ini yang akan dikenang dan jadi sebutan.
Tip #13 : Jangan lupa buat bajet back-up
Dan yang paling penting, bak kata QS, korang letak sikit bajet contingency kalau-kalau ada kecemasan atau item miscellaneous yang tak diduga.
Kalau korang betul mampu, takde masalah. Go on je. Tapi kalau acah-acah mampu tu yang mencari masalah. Insaf la.
Sebab aku dah kahwin, maka mampu nasihatkan je pada teman dan taulan, sekadar ceritakan pengalaman.
Nak cerita panjang, takut korang tak rajin baca pulak. Jadi aku tempek sikit contoh bajet yang aku pernah buat dulu. Nak cerita detail, tak muat la pulak. So, harapnya ada la sikit idea untuk korang buat nanti.
Pandai-pandai korang la buat gaya bajet macam mana sekali pun. Janji korang faham konsep ini.
Garapan warna serasi mencetuskan idea segar pada hantaran istimewa ini. Menguntum senyum kala menerima bingkisan yang digubah indah mengikut cita rasa si dia.
Wanita pasti tersenyum girang kala menerima rangkaian produk kosmetik HOURGLASS, TOO FACED,TARTE & STILA sebagai hantaran istimewa.
Jam tangan bagai tidak dapat dipisahkan dengan diri si dia. Hadiahkan jam tangan ICE WATCH supaya dia sentiasa mengingati dirimu. Taburan bunga segar iaitu Holland Hydrangea, blushing bride, Cymbedium, lisianthus, bunny tail, silver leaf dan dried lavendar pada gubahan hantaran Azasna Design mencetuskan kelainan pada gubahan.
Stail glamor dan segar oleh Azasna Design menjadikan hantaran eksklusif dan menawan. Terima kasih sayang atas pemberian set penjagaan wajah PETERTHOMASROTH & ALPHA-H, bukti dikau menghargai diriku.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!