Dalam memastikan agar hubungan suami dan isteri kekal berkekalan ke akhir usia, bajainya dengan kasih sayang dan rasa cinta yang mendalam. Hidup bersama-sama setiap hari dapat menumbuhkan rasa sayang anda terhadap pasangan, namun tidak kurang juga berlaku  konflik atau tidak sefahaman. Begitulah asam garam hidup dalam rumah tangga.

Ketahui 5 janji yang perlu ada dalam hubungan suami isteri supaya terus bahagia hingga ke Jannah.

1.Sentiasa utamakan pasangan 
Pasangan anda akan merasa bahagia jika anda memberikan perhatian lebih kepada daripada mengutamakan pekerjaan, hobi, pergaulan dan hal-hal lain.

Ads

2.Sentiasa cintai pasangan
Jatuh cinta adalah proses seumur hidup. Cinta anda biarlah terus mekar dari hari ke hari. Jatuh cintalah selalu kepada pasangan anda setiap hari. Pelihara kasih sayang dan cinta anda dengan selalu mengucapkan “ Saya akan terus mencintai awak”.

3.Sering bertanggungjawab
Jadilah pasangan yang bertanggungjawab, baik sebagai suami atau isteri. Dengan ini, maka pasangan akan sentiasa merasa selamat berada di sisi anda.

Ads

4.Selalu berkata”YA!”
Pasangan anda  berhak mendapatkan respon positif dari anda. Jika anda berkata “YA!”, maka aura positif akan memenuhi suasana dalam keluarga anda, menciptakan kebahagiaan bagi pasangan anda dan juga diri sendiri. Pastikan selalu berkata “YA!” untuk hal yang positif.

Ads

5.Jadilah pelindung bagi pasangan dan keluarga 
Dalam situasi hidup yang penuh cabaran atau bahkan dalam situasi aman sekalipun, pasangan anda berhak memiliki seorang pelindung bagi dirinya, iaitu anda. Jadilah pasangan yang mempunyai peribadi yang lembut, namun bijaksana dalam mengatasi  pasang surut kehidupan keluarga anda.

Sumber:http://lifestyle.liputan6.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI