Ada orang yang susah untuk berkahwin dengan pasangan oleh kerana bermacam ujian yang datang. Namun, ada pula yang Allah permudahkan tapi tak berhasil ditengah jalan kemudian bercerai.
Jodoh suami isteri ni boleh datang dalam bermacam-macam ujian. Terpulang pada kita untuk memikirkan jalan penyelesaiannya. Ikuti perkongsian daripada Syafiq Ridhwan ini.
Bila anak dah tidur, dan dapat makan berdua dengan isteri. Time ni lah semua masalah atau isu akan diceritakan.
Baik cerita hal kerja, cerita hal saudara mara, hal keluarga, hal jiran-jiran dan kawan-kawan, satu persatu akan dikupas.
Masa ni lah baru sedar, yang sebenarnya dah lama tak buat perkara macam ini. Dulu awal kahwin, selalu saja lepas balik kerja, duduk makan dan borakkan segala hal. Gelak-gelak waima ada juga yang bertelagah isu-isu yang kecil.
Tapi bila dah ada anak, perbualan tu tak sama lagi. Nak fokus pada anak yang nak perhatian. Kadang baru buka satu topik, terus je tamat sebab anak nak beraklah, mengamuklah.
Tapi itulah hilang satu, Tuhan Maha Baik, Dia gantikan dengan lagi satu. Tak dapat borak, dapat lihat anak punya keletah pun satu nikmat.
Cuma walau terbatas macam mana pun waktu, komunikasi ni memang wajib. Sebab tu saya selalu cakap dengan isteri, bila anak tidur je, cubalah siapkan makanan dulu, then kita kena makan berjemaah.
Sebab kita cuma punya masa ini sahaja. Untuk kita borak balik hal-hal awal perkahwinan, impian dan tujuan asal kita berkahwin, masalah yang bermain dalam kotak fikiran kita semasa di tempat kerja, hal apa pun yang kita sentiasa memendam, waima mungkin sesama kita.
Ia mungkin tak akan dapat lama. Tapi dengan 30 minit berborak, suami tahu yang isteri dia masih ada untuk dia, dan isteri tahu, suami dia masih ambil berat perihal diri dia. 30 minit berkualiti ni sangat penting untuk penjagaan emosi sesama kita.
Kadang kala kita beriya kejar hal dunia ni, tapi kita lupa, semuanya sebenarnya bermula dari rumah. Macam mana kita bahagikan kerja-kerja dalam rumah, menjadikan bagaimana kita mengurus di tempat kerja.
Bagaimana emosi itu dijaga baik dari rumah, ia akan membawa seterusnya emosi yang baik di tempat kerja. Begitulah.
Dengan dunia hari ini, semuanya akan sentiasa sibuk. Duit, kerjaya, tanggungjawab semuanya membataskan kita untuk fokus perkara yang lebih utama.
Tapi percayalah, isteri yang baik akan reflect pada suami untuk jadi baik. Dan suami yang baik akan reflect pada isteri untuk jadi baik. Dan ibu bapa yang baik, pasti reflectnya pada anak untuk jadi jauh lebih baik.
Kita bina bersama, kita jagalah bersama.
Kredit: Syafiq Ridhwan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI