Rahsia rumah tangga seeloknya disimpan sebaik-baiknya dan tidak diceritakan kepada orang lain supaya hubungan suami isteri sentiasa kukuh dan tidak diganggu oleh orang luar.

Kadang-kadang anda cuma nak meluahkan tapi adakah anda pasti orang yang mendengar itu akan menyimpan rahsia anda selama-lamanya? Fikirkan baik-baik. Jangan sampai ia boleh membawa mudarat di kemudian hari.

1. Rahsia Khusus

Kredit: Tangkap Pictures

Rahsia khusus adalah rahsia peribadi yang mungkin suami ada minta isterinya rahsiakan. Ini dikira sebagai amanah maka wajib menjaga amanah tersebut. Sama halnya dengan sesuatu yang diminta dirahsiakan oleh suami atau isteri, ia juga tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.

2. Rahsia Keselamatan

Berkemungkinan ada orang yang memusuhi pandangan anda dan ada simpan niat jahat terhadap dia. Mungkin dia menyamar untuk mendapatkan maklumat tentang pasangan anda. Jadi jangan terlalu jujur bila bercakap dengan dengan orang hingga terdedah rahsia pasangan anda kepada musuhnya sehingga hidupnya terjejas.

IKLAN

3. Rahsia Kewangan

Harta benda dan perihal kewangan adalah rahsia yang wajib dijaga oleh pasangan suami isteri. Sebagai pengurus rumah tangga, isteri tutut memikul tanggungjawab menjaga rahsia rumah tangga yang dibina.

4. Rahsia Bilik Tidur

Kredit: Tangkap Pictures

Ini adalah rahsia paling utama dalam hidup suami isteri. Hal ini mesti dirahsiakan dan hanya menjadi rahsia antara suami isteri. Hukumnya haram dan berdosa jika salah seorang pasangan cerita tentang hubungan kelamin antara suami isteri kepada orang lain walaupun anak sendiri.

5. Rahsia Maruah

Maruah melibatkan aib, aurat dan kelemahan seseorang. Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka” (QS An-Nisa:34)

Bila anda curang terhadap pasangan, mencari hiburan di luar, atau ceritakan rahsia rumah tangga kepada orang lain, anda sebenarnya sedang membuka aib sendiri.

6. Rahsia Nafkah

Kredit: Tangkap Pictures

Suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Tapi nafkah ini mestilah mengikut kemampuan suami, maksudnya tidak terlalu kedekut atau terlalu boros. Dalam hal ini, suami isteri kena bincang sebaik-baiknya supaya suami tak terbeban dan isteri tidak rasa tertekan. Jangan bincang dengan orang lain pula!

Sumber: Bercinta Selepas Nikah