Lumrah alam berumah tangga, tidak selalu indah dan bahagia. Mungkin ada pasangan yang diuji Allah dengan pelbagai bentuk masalah dalam rumah tangga.
Soalnya tentang bagaimana kita menguruskan masalah yang datang itu. Adakah secara rasional atau sebaliknya.
Apabila berlaku masalah dalam rumah tangga, bertindaklah mengikut pemikiran yang rasional. Usah terlalu mengikut perasaan amarah.
Melalui perkongsian Hannan Alias, wanita ini berkongsi tentang bagaimana menangani masalah yang berlaku dalam rumah tangga. Semoga bermanfaat untuk semua.
Pesan guru saya, jangan pernah membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Kerana rezeki itu Allah sediakan mengikut keperluan dan kecukupan masing-masing.
Rumahtangga adalah satu alam yang mistik. Boleh jadi ia akan menjadi sebuah alam yang tenang dan menenangkan. Boleh jadi ia akan bertukar menjadi alam yang menakutkan.
Namun, terlalu ramai yang berani untuk memasuki alam rumahtangga. Tanpa pernah fikir apa risikonya ke depan.
Lihat di luar sana, berapa ramai orang yang cantik jelita hensem bergaya namun masih mencari pasangan yang tak kunjung tiba. Kita yang tak seberapa ni Allah izin kita masuk alam rumahtangga. Syukur yang banyak.
Bila kita dah berkahwin dengan dia, letakkan diri kita sebagai pasangan dia. Dan kita kena ingat, isteri adalah pakaian bagi suami. Dan suami itu pakaian bagi sang isteri. Ni bukan saya kata. Tapi dalam quran ada kata. Dok caya, gi buka quran.
Bila baju kita koyak, jangan sibuk duk jaja ke orang, baju aku koyak. Baju aku rabak. Tak perlu. Orang hanya mampu pandang. Dan samada sedar atau tak kita buka aurat kita. Kita tunjuk kudis dan kurap di bandan kita pada orang. Untuk apa?
Bila baju koyak, jahit. Koyak lagi, tampal. Koyak sampai tak boleh dibaiki, buang di tong sampah dan beli aja yang baru. Senang cerita.
Ni baju koyak, sibuk duk jerit sana sini baju koyak. Yang asalnya koyak tu sikit je, masih boleh dibaiki, dijahit, ditampal, namun akibat kita sendiri yang jenis tak sabar duk meraung-raung baju koyak, akhirnya rabak terus. Sebab nak tunjuknya ke orang yang baju kita ni koyak.
Cerdik ke dok berapa cerdik tu?
Mungkin ada yang kata, kesian la dia. Isteri yang setia. Tiba suami buat gitu.
Baik!
Ini pesanan untuk diri sendiri terutamanya dan sesiapa yang baca tulisan ini am nya. Bila kita bermasalah dengan pasangan kita, yang patut kita rujuk ialah, mak ayah atau mak ayah mertua kita. Jika tiada, atau dirasakan mereka tak mampu nak bantu, sila ke pejabat agama yang berdekatan. Jumpa qadhi terus. Adukan hal pasangan anda yang macam-macam tu.
Namun, apa yang terjadi realiti dunia hari ini ialah, sibuk nak dedahkan ke masyarakat siapa pasangan kita. Sibuk nak buka perangai sebenar pasangan kepada umum. Untuk apa? Puas? Tara mana sangat puasnya.
Saya banyak mengendalikan kes pasangan yang dah canang merata cerita baru jumpa saya. Bila dah tak tahu nak buat apa.
Satu soalan yang saya tanya. Apakah kamu puas dengan membuka aib pasangan? Sampai bila puas itu mampu bertahan?
Lagi banyak keburukan pasangan yang kita canang kepada orang luar, lagi jelas menampakkan kejahatan kita dan buka aib sendiri. Tak sedar ke?
Jika suami buka aib isteri, ingat orang nak bersimpati ke? Orang akan cakap, suami tu la yang tak pandai didik isteri.
Betul kata seorang bijak pandai.. nak glamor zaman sekarang tak susah pun. Memadai dengan buat content bodoh-bodoh, buat fitnah, confirm viral.
Kita sibuk duk kata suami jahat. Suami tak patut dan segala bagai la. Namun, kita tak fikir ke apa yang kita sebagai isteri buat, betul sangat ke? Duk cerita jahat suami sana sini.
Bimbang, kalau-kalau yang jahat itu adalah kita. Jahat sebab tak mampu nak didik hati untuk menjadi taat pada Allah dengan menjaga sebaik mungkin aib suami.
Dan kita sebagai orang yang dengar masalah begini, sepatutnya kawal jari dari komen dan kutuk macam-macam. Sebab kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Tu yang saya kata di awal tadi, kita tengok mereka di uji. Padahal allah juga sedang menguji kita.
Penat.
Letih.
Jika benar penat. Jika benar letih, Islam mengharuskan jalan keluar. Pilihan ditangan kita. Jangan masih nak salahkan orang itu orang ini. Bahagia itu di tangan kita.
Mengaku sahaja yang diri sebenarnya tak mampu untuk diduakan. Mengaku sahaja yang kita sebenarnya terlalu sayangkan dia dan tak nak sesiapa pun ambil dia dari kita. Walaupun kita tahu poligami itu syariat yang dihalalkan tuhan.
Kita tak nak suami buat benda haram. Namun, di saat suami nak buat perkara yang Allah halalkan, terus kita haramkan perbuatan itu pada suami kita. Kenapa?
Kita nak apa sebenarnya?
Hidup ini terlalu singkat untuk berebut benda yang binasa. Ya. Mulut pandai bercakap, nak redha Allah. Namun, jika Allah menguji diri dengan poligami sebagai harga redha Allah itu, apakah diri kita mampu?
Tepuk dada tanya hati yang paling dalam. Pasti ketemu jawapannya.
Jelas? Moga dapat sesuatu.
Sumber: Hannan Alias Kredit foto (top image): Pexels