Adat dalam berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tentu ada masanya akan ada juga berlaku perselisihan faham. Dalam sesebuah rumah tangga, jika tiada sedikit perselisihan faham maka akan hambarlah kehidupan berumah tangga.
Namun janganlah masing-masing terlalu ikutkan ‘kepala’ masing-masing sehingga akhirnya merosakkan sesebuah rumah tangga yang dibina. Melalui perkongsian Firdaus Shakirin kita lihat mengapa ego itu ‘bahaya’ dalam rumah tangga.
Bergaduh dengan pasangan, limitnya cukup dengan sehari semalam..
Kalau lebih dari itu, itu EGO..
Bergaduh pagi, ptg baik balik.. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu..
Lelaki ada ego, perempuan ada ego..
Kena tahu ego ini kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri.
Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Percayalah, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi.
Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat.
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.
Mudah bukan?
Sumber kredit: Firdaus Shakirin Kredit foto: Pexels