Hubungan

Suami Isteri Kena Kerjasama, Tak Boleh Harap Pasangan Buat Seorang

Share

Nak peluk kebahagiaan, suami isteri kerjasama buat semua benda. Baik soal mendidik anak, cukupkan rezeki, dan selesaikan bab kerja rumah. Biar saling merasa penat lelah hidup membina keluarga, barulah akan lebih menghargai.

Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, penyanyi dan penyampai radio, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tip keharmonian dalam rumah tangganya bersama isterinya, Nora’ Asikin Rahmat yang lebih mesra dipanggil Ekin.

Suami Isteri Kena Kerjasama, Tak Boleh Harap Pasangan Buat Seorang

Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.

“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.

“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.

“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.

Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.

Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi

Published by
Nadia