Suami Isteri Kena Selalu Buat 18 Resipi Cinta Ini, Baru Rumah Tangga Sweet!

Share

Kebahagiaan rumah tangga akan terbina bila adanya keharmonian dan ikatan cinta yang berterusan antara suami isteri. Malah kasih sayang akan semakin membara dan menghangatkan rumah tangga apabila suami isteri selalu melakukan pelbagai resipi cinta.

Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua pasangan perlulah bekerjasama untuk menghiburkan hati pasangan masing-masing. Tidak boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lagi hanya ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa.

Agar rumah tangga yang dibina sentiasa sweet, pastikan suami isteri buat 18 resipi cinta ini!

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih daripada sehari untuk tugasan luar daerah misalnya, tambahkan rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir pasangan.

3. Walau sesibuk mana pun, luangkan masa untuk hubungi pasangan sekurang-kurangnya sekali walaupun sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia lakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata romantis seperti ‘I love you‘ dengan sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan daripada anak-anak jika hari bekerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda anda mengambil berat dan memberi peluang kepada pasangan untuk berkongsi atau meluahkan perasaan.

7. Luahkan isi hati dengan pasangan sebelum tidur kerana masa inilah sesuai untuk anda berdua saling mendengar antara satu sama lain.

8. Jika berlaku pertelingkahan, jangan biarkan ia berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemarannya walaupun mungkin anda hanya membaca akhbar, yang penting anda berada di sisinya.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan, selain tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan.

13. Sesekali buatlah kejutan dengan membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka-teki atau apa sahaja yang membolehkan anda berdua ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras untuk menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan bagi mengelakkan pasangan rasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, sentiasalah berterus-terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi pasangan yang baik dalam rumah tangga kerana fikiran positif akan memudahkan anda berdua mencapai matlamat tersebut.

Published by
Fadhli Ismail