Terpesona melihat hasil pasangan suami isteri ini make over rumah papan kampung miliknya. Terus jadi moden!
Suami Isteri Make Over Rumah Papan Kampung, Terus Jadi Gaya Moden
Berbekal minat, sedikit kemahiran dan juga rujukan dari YouTube pasangan suami isteri Azizi Anuar dan TgSH Husna lantas mengubah suai rumah papan yang didiami bersama orang tua mereka.
Make over kediaman yang terletak di Dungun Terengganu dilakukan sedikit demi sedikit, dari ruang tamu, dapur, bilik solat dan bilik anak. Paling menarik mereka berdua melakukannya sendiri dari awal hingga akhir walaupun tiada latar belakang pertukangan.
Menurut Azizi ia bermula dari suka-suka, ubah suai dilakukan kerana mahukan gaya moden dalam kediaman. Berikut adalah tranformasi kediaman rumah papan gaya moden hasil kerja tangan Azizi dan isteri. Semoga memberi inspirasi kepada yang bercadang mengubah suai kediaman.
INI SEBELUM
SELEPAS
Ruang Dapur
Ruang tamu
Ruang solat
Ruang belajar anak
Haa… nampak luar biasa kan hasilnya? Betul-betul boleh buat perasaan seorang isteri ‘gemuk hati’ melihat setiap ruang di dalam rumahnya. Ini kalau suami jarang-jarang bawa pergi bercuti pun tak apa, sebab mata dah sedap memandang dalam rumah!
Jadi kalau anda nak ubah suasana dalam rumah papan tu, munkin boleh cedok idea dari sini. Selamat ‘mengubah’!
Sumber: Azizi Anuar dan TgSH Husna & Ziandnamalaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Beri Kebebasan Syamsul Jumpa Anak-anak, Tanda ‘Move On’!
Satu keputusan yang baik, pelakon, Puteri Sarah beri kebebasan Syamsul Yusof jumpa anak-anak selepas dia sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Malahan Puteri Sarah Liyana berharap hubungannya dengan pengarah itu dapat diteruskan dengan baik demi anak-anak.
Puteri Sarah Beri Kebebasan Syamsul Jumpa Anak-anak, Tanda ‘Move On’!
“Alhamdulillah semua selesai. Semalam kami ada berjumpa dan sudah selesaikan semuanya dari A hingga Z (perkara yang melibatkan dua pihak).
“Harapan saya agar selepas ini tiada lagi persengketaan dan kita berbaik macam biasa. Macam kita dah berjanji,” katanya sebaik sahaja selesai prosiding pengesahan perceraian itu.
Bersalam Kali Terakhir
Ditanya momen ketika bersalaman buat kali terakhir dengan Syamsul, Puteri Sarah tersenyum.
“Biar saya seorang saja tahu,” jawabnya ringkas.
Bercakap soal hak penjagaan anak pula, Puteri Sarah menjelaskan dia memberi kebebasan untuk Syamsul melawat mereka pada bila-bila masa sahaja
“Hak penjagaan anak-anak diberikan kepada saya tapi Syamsul boleh jumpa tanpa halangan.
“Tiada jadual untuk Syamsul berjumpa dengan anak-anak. Saya rasa tak perlu lah,” ujarnya.
Terdahulu sebelum melafazkan cerai itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.
Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Proses Penceraian
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Tambah Seri Ruang Bilik Mandi. Jom Cuba!
Kita sudah biasa melihat tanaman-tanaman hiasan yang diletakkan di ruang tamu, laman rumah serta dapur. Namun ruang yang jarang dihiasi dengan tanaman segar ialah bilik mandi. Tahukah anda, terdapat banyak kebaikan mempunyai tumbuh-tumbuhan di dalam bilik mandi? Tumbuhan ini sangat berkesan dalam menyaring pencemaran udara yang berbahaya dan bau yang menjadikannya aksesori tambahan terbaik di bilik mandi. Tumbuhan ini juga bertindak sebagai penyegar bilik secara semula jadi, jadi anda tak perlu melabur pada penyegar tiruan.
.
Mungkin keadaannya yang kerap basah dan lembap menyebabkan tidak semua jenis tanaman sesuai dengan diletakkan di bilik mandi. Jika anda berhasrat untuk menghiasi ruang bilik mandi dengan tanaman segar Pesona Pengantin sarankan beberapa pilihan:
BOSTON FERNS
Bagi bilik mandi yang lembap dan kurang menerima cahaya matahari, Boston Ferns pilihan yang tepat kerana ia boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu, bakul atau raga yang digantung. Tanaman ini juga sangat efektif bagi menghilangkan bahan kimia dan pelembap dari produk-produk mandian.
MAIDENHAIR FERNS
Sesuai diletakkan di dalam bilik mandi yang mendapat sinaran matahari yang banyak supaya daun-daunnya tumbuh sihat.
AIR PLANT
Tanaman ini menyerupai pokok lidah buaya yang biasanya diletakkan di dalam botol terrarium kerana saiznya yang comel. Hendak menjaganya mudah sangat, cukup menyiramnya dengan air dan diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
GOLDEN POTHOS
Bentuk daun tanaman ini berbentuk hati dan tumbuh segar di kawasan yang hangat dan ada cahaya matahari. Namun berhati-hati kerana jika terlalu kerap terkena panas, daunnya akan mudah mengering.
ORKID
Selain tahan lasak dan mudah merawatnya, tanaman yang mempunyai bunga cantik dan beraneka ini juga boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi untuk bilik mandi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Terlalu Ego, Sampai Satu Tahap Isteri Akan Penat!
Letih jika ditakdirkan dapat suami terlalu ego. Sudah tahu salah pun, tak pernah nak minta maaf. Apa lagi mengakui kesilapannya. Ini yang boleh jadi barah dalam hubungan.
Tidaklah orang perempuan kata letih jadi isteri, hanya dipersalahkan dan terpaksa hadap ego tak bertempat suami. Malah isteri kena diam dan tiada hak nak bertanya mahupun menegur tentang apa yang suami lakukan.
Bila Suami Terlalu Ego, Sampai Satu Tahap Isteri Akan Penat!
Untuk faham lebih lanjut, hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.
Kita tetap tak salah. Isteri tak masak, dia salah. Suami berkasih, bermesra dengan janda, tak salah. Isteri buat tak tahu kat suami, dia salah. Suami tengok lucah, tak salah. Isteri tak hormat suami, dia salah. Suami tak solat, dia tak salah. Isteri berubah, dia salah. Suami berubah, dia tak salah.
Isteri tag suami pada posting agama dan ilmiah, isteri buka aib suami, isteri salah. Suami cerita tentang isteri kat kawan-kawan, suami tak salah.
Gunakan Agama Tundukkan Isteri
Adakalanya kita yang jadi suami ni banyak menggunakan agama untuk menundukkan isteri, untuk bagi isteri hormat kita. Sedangkan perbuatan seharian kita langsung tidak mencerminkan seperti apa yang keluar dari mulut kita.
“Perempuan ramai di neraka…”
Ya, perempuan memang ramai di Neraka, tapi tiada satu pun hadis dan dalil yang mengatakan lelaki ramai di syurga. Setiap perempuan itu boleh menarik lelaki masuk ke neraka andainya lelaki itu tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya ke atas diri mereka.
Letih Jadi Isteri
Sebab tu orang perempuan kata LETIH jadi isteri. Masa susah boleh hidup dengan suami, bila senang, suami dengan “senangnya” cari lain. Masa suami tiada apa-apa dan bukan siapa-siapa, isterilah orang yang dia selalu jaga. Bila dia dah ada nama dan harta, isterilah orang yang dia lupa.
Bila isteri buat yang terbaik dalam rumahtangga, bila isteri pikul beban lebih dari yang sepatutnya, nak dihargai pun susah, apatah lagi difahami sehingga ke dalam lubuk hati.
Penat, letih.
Sebut je penat, sebut je letih, terus ‘dicop’ tak ikhlas dalam menjalankan tugas. Tak nak syurga ke? tak nak jadi solehah ke? walhal sebenarnya itu adalah satu bentuk S.O.S isteri untuk mintak bantuan dan diringankan bebanan yang ditanggungnya. Kalau tak boleh tolong, tak kan hargai pun tak boleh? Dah tu, apa yang kita boleh?
Kita tetap tak salah sampai bila-bila sebab kita tak mahu sedar dan mengakui akan kesalahan diri sendiri.
Suami Hilang Kawalan Bila Isteri Tuntut Cerai
Bila isteri tuntut cerai, kenapa kita hilang kawal?
Sebab kita tak boleh terima, kita rasa tindakan isteri tu dah melampau.
Tapi fikir la balik, sepanjang kita hidup dengan dia, dia pernah tak tegur kita? apa respon kita? sepanjang kita hidup dengan dia, dia pernah tak nasihat kita? kita dengar tak?
Kadang-kadang kita ni terlalu ego untuk menerima teguran dan nasihat isteri sendiri. Orang perempuan, tak ada saja-saja nak tegur, nak nasihat kalau bukan untuk kebaikan kita sendiri.
Bawa kereta laju, isteri cakap, “Abang, slow skit…”, kita balas, “diamlah…”, kita tekan lagi paddle minyak pastu eksiden. Kita cedera ringan, isteri meninggal. Boleh hidupkan isteri balik untuk cakap minta maaf sebab tak dengar teguran dia? Dah terlambat.. boleh menyesal je la dengan perbuatan tu, yang mati tetap dah mati.
Perempuan sabarnya tinggi, ketabahannya kuat tapi bila kita selalu menguji, maka dia sendiri pun tak tahan. Semua orang ada limit masing-masing dan limit seorang isteri ialah apabila dia menuntut untuk dilepaskan setelah percubaan dia untuk mengubah keadaan tidak berjalan seperti yang dia mahukan.
Belajar daripada apa yg berlaku di sekeliling, hidup berlandaskan ego akan menjahanamkan diri sendiri.
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI