Sesebuah rumah tangga akan jadi bahagia apabila rezeki tidak putus-putus. Apatah lagi bila si suami dan isteri sentiasa menjalankan perintah Allah dengan sempurna. Makin mencurah-curah rezeki yang datang.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan luas, anda perlu lah terlebih dahulu betulkan niat anda. Baru lah rezeki senang nak masuk. Mungkin dengan cuba amalkan ini selepas ini rezeki anda tidak akan putus-putus. In shaa allah. Jom sama-sama amalkan.
Makan dengan pasangan sama-sama
Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
Layan anak-anak dengan penuh kemesraan
Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri
Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan. Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
Beri isteri duit belanja walaupun isteri sudah bekerja
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar. Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10. Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih.
Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah
Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri. Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Banyakkan bersedekah
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan belas kasihan daripada sesiapa. Betul kan niat anda ketika bersedekah kerana apabila kita meringankan bebanan orang lain dalam kesusahan, maka Allah akan menggandakan rezeki dalam kehidupan kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI