Suami isteri pun kena ‘we time’ kalau rasa nak pulihkan emosi daripada lelah mencari rezeki dan menguruskan hal rumahtangga.
Atau ini juga peluang untuk setiap pasangan pupuk kembalikan nostalgia cinta masa awal-awal dulu. Inilah yang dikatakan perlunya ‘we time’ suami isteri. Tak kurang juga isteri pun perlu ‘me time’.
Kadang-kadang isteri minta ‘me time’ bukan nak suka-suka pun tetapi nak hilangkan stres. Jangan ingat isteri duduk di rumah tak stres, ya!
Suami Isteri Pun Kena ‘We Time’, Ini Ubat Pulihkan Emosi
Lagipun, rasanya mana-mana suami tak kisah pun isteri nak ‘me time’, Cuma isteri jangan pula salah guna. Malah, sekali sekala pun suami isteri kena ada ‘we time’. Inilah masa untuk kemblikan nostalgia cinta dan kemanisan dalam rumah tangga.
Mungkin ada pasangan yang tidak selesa bila ‘we time’ tanpa anak-anak. Nak kena angkut anak sekali. Tapi boleh saja wujudkan , sekadar untuk sejam dua pun dah memadai.
Kena ingat, suami isteri perlu ada me time dan we time, seperti yang dikongsikan oleh Salwa Mohd Saleh ini, ada betulnya.
Ads
Me Time Dan We Time Untuk Suami Isteri
1. Setiap pasangan tak kira yang baru berkahwin atau yang dah lama berkahwin perlukan kedua-dua perkara ini.
2. ME time maksudnya masa bersendirian. Suami perlukan, isteri juga perlukan. Meleraikan kekusutan atau Winding Off kata orang Teluk Intan.
3. Ada orang ambil ME time dengan duduk kedai makan atau cafe, menikmati secawan kopi dan sepotong kek. Ada orang prefer window shopping (isteri la tu). Ada juga yang just nak keluar dan drive sekejap sambil dengar radio. Ada yang nak me time dengan lepak-lepak bersama kawan dekat mamak. Up to you.
4. Kenapa kena ada ME time? Untuk rehatkan diri. Rileks. Tanpa kehadiran pasangan atau anak-anak. Kita boleh buat apa yang kita nak buat seperti membaca, tengok dokumentari, mengait beg or simply tengok ulasan bola sorang diri. Just enjoy urself.
Ads
5. Kalau WE time pulak adalah masa suami dan isteri spent bersama. Buat aktiviti together. Bersukan ke, makan-makan ke, pegi tengok wayang ke. Anything lah yang berdua.
6. Budaya ini tidak popular lagi di Malaysia. Kebanyakannya masih terkepung dengan idealogi mesti bersama-sama tidak kira apapun. Sedangkan kita juga perlu rehat untuk diri kita. Dan perlu berdating suami isteri untuk kembalikan nostalgia memula kahwin dulu Dan tambah kemanisan rumah tangga.
7. Saya adalah antara yang dulu buat silap. Awal perkahwinan sampai dah lebih sepuluh tahun kahwin, saya selalu rasa mesti 100% mengorbankan tenaga untuk keluarga. Penat ke apa ke tak reti nak rehat. Tak reti nak mintak time off dari suami. Sedangkan lama-lama jadi makan diri.
Kena Pandai Hargai Masa Bersama
Ads
8. Jadi, bila dah belajar sikit-sikit pasal kepentingan jaga diri, sayang diri, saya pun dah pandai mintak Me time beberapa tahun kebelakangan ni. Suami okay je actually. Bila saya happy, suami pun happy.
9. Dan kitorang pun dah amik masa untuk WE time juga. Bukan lama pun. Kadang hanya sejam dua. Sekadar duduk minum Teh atau kopi sambil berbual tentang apa sahaja. Kadang tentang iklim dunia, publication dekat high index, research design, methodology,, nak lunch apa,nak buat apa. Ikut lah nak sembang apa pun. Tanpa anak-anak.
10. Penting sangat ME time dan WE time ni. Sekurang sebulan sekali buat. Isteri kena bagi masa kat suami untuk dia berseorangan atau lepak dengan kawan lelaki dia. Suami kena beri izin isteri keluar sendiri atau dengan kawan wanita (bagi sekali duit belanja, lagi awesome!). Lagi-lagi kalau isteri yang suri rumah. Yang penting TRUST dan PERCAYA. Janganlah pula salah guna.
11. ME time and WE time juga penting untuk kesihatan minda. Kajian menunjukkan jika orang dewasa meluangkan masa bersendirian untuk ‘self-care’, dia akan mempunyai Kesihatan Mental yang lebih baik (Dixon, 2020).
12. Kajian yang lagi terkini menunjukkan bahawa jika kira bersendirian (dari sudut positive context, contohnya ambil me time) kita dapat mengurangkan stress (William, 2021).
Haa… kalau ada suami isteri yang masih belum mulakan ‘we time’, cubalah. You will find it helpful untuk kesejahteraan keluarga. Buat bukan sebab orang lain tetapi diri sendiri juga. Semoga bahagia itu milik kalian.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita Baharom, 39, kembali bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48. Dengan sekali lafaz, Anita sah menjadi suri hati Engku Isyamuddin pada jam 11.50 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City. Majlis dihadiri lebih 100 tetamu.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh abang Anita, Zulkifly Baharom. Anita menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Pasangan mempelai melahirkan rasa bersyukur di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.
Tampil mengenakan persalinan serba putih, turut kelihatan beberapa rakan artis seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang meraikan momen bahagia pasangan berkenaan.
Anita dan Engku Isyamuddin akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi sama.
Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi yang telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Manakala bagi Engku Isyamuddin pula, melalui perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan lapan orang anak.
Perkahwinan perlukan komitmen suami dan isteri. Bertahannya sesebuah perkahwinan bukan disebabkan usia, harta, rupa dan apa sahaja yang sewajar dengannya. Persefahaman itu yang paling utama.
Adat dalam alam rumah tangga, tentu ada ujian dan badai yang datang melanda tanpa di duga. Salah satu ujian besar yang dilalui dalam sesebuah rumah tangga ialah gangguan pihak ke tiga.
Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Abah berkongsi tip tentang bagaimana mengelak rumah tangga diganggu pihak ke tiga serta tip rumah tangga harmoni.
Hadir macamana pun pihak ketiga, tengoklah Tok Abah tetap pandang Tok Mak kau.
Walaupun pihak ketiga ni kategori manja bukan main lagi. Kalau merajuk tu, habis semua dia cakarnya.
Gambar ni jadi bukti. Tok Abah nak bergurau mesra dengan Tok Mak pun, dia buat muka toya. Cemburu tak bertempat. Bertuah punya kucing!
Ini 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumahtangga:
1. Sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah memang mengurniakan pasangan terbaik bagi kita.Jika belum rasa dia terbaik dan banyak jumpa kelemahannya, bantu dia perbaiki kelemahan tersebut. Kerana satu hari nanti ia berubah menjadi kelebihan dan akhirnya berperanan sebagai pasangan terbaik sepanjang usia kita.
2. Sentiasalah memberi berbanding hanya menerima. Setiap hari kena renung semula, apa lagi kebaikan yang aku tak sumbangkan pada pasangan.
3. Sentiasa prihatin terhadap gerak hati isteri. Suami yang cemerlang menghormati pendapat pasangannya terutama perihal dirinya dan kasih sayang rumahtangga.
4. Sentiasa anggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.
5. Sentiasa ingin berubah secara positif. Walaupun perubahan kecil, tetap kita raikan bersama pasangan.
6. Setiap malam kena saling bermaafan dengan pasangan sebelum tidur. Minta maaf macam kita minta maaf waktu hari raya tau. Barulah kita tidur dengan tenang dan esok bangun dengan ringan dan cergas.
7. Tidak berlumba nak menentukan pasangan betul atau salah. Apa yang penting adalah kebahagiaannya.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Tiada rahsia dalam rumahtangga, semuanya adalah soal dalam mencari keserasian, bertolak ansur, berusaha untuk membahagiakan serta sentiasa mengejar redha Allah yang mutlak.
Pasti, kita dapat wujudkan ‘taman syurga’ buat pasangan di atas dunia. Paling penting adalah kita berganding bahu bersama-sama menerokai kebaikan dalam diri pasangan dan diri sendiri.
Bila kita terlalu sibuk dengan pasangan maka tiada lagi ruang untuk sesiapa menyelinap masuk dalam rumahtangga kita. Biarpun kucing sendiri.
Kalau anda rasa nak ubah kabinet dapur di rumah jadi kemas dan tertutup, boleh cuba idea menggunakan pintu sliding door seperti yang dikongsi lelaki ini.
Maklumlah, awal-awal kahwin semua bajet kena jimat poket. Orang kata baru nak hidup. Jadi cuba kemaskan bahagian dapur dengan DIY sliding door, barulah sedap mata memandang.
DIY Kabinet Dapur Jadi Kemas Dan Tertutup
Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
Berikut bahan-bahan yang diperlukan:
Rail langsir
Board kalis air
Handle pintu
Gam
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Penerangan lebih lengkap cara-cara membuat:
Ukur rail langsir.
2. Lekatkan rail langsir dengan gam.
3.Masukkan board kalis air secara berhati-hati.
4.Pasangan pemegang. Siap!
Agak-agak boleh buat tak? Pasangan suami isteri yang rasa nak jimat, boleh guna idea ini sementara buat kabinet mahal. Semoga bermanfaat!