5 CARA MENAMBAH REZEKI & KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Berikut adalah beberapa cara menambah rezeki yang dianjurkan dalam al-Quran dan sunnah.
1. MULA DARI SUMBERNYA
Jika kita sentiasa berasa ‘kurang’ walaupun gaji dah banyak, periksa semula sumbernya. Adakah ia termasuk dengan sumber syubhah atau riba? Allah telah menerangkan larangan memakan riba ini kerana ia adalah perbuatan menganiaya hak orang lain. Mungkin itu sebabnya rezeki terasa sempit atau walaupun kuantitinya banyak.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba (dengan berlipat ganda) dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Surah Al-Imran: 130)
Di samping itu, jangan memandang remeh soal zakat sehingga lupa menunaikan tanggungjawab kita terhadap orang yang berhak terhadapnya.
2. MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN SESAMA MANUSIA
Walaupun sibuk bekerja siang dan malam, luangkanlah masa untuk berkasih sayang dengan pasangan dan anak-anak. Gembirakanlah mereka walaupun kita berada dalam keletihan. Jangan sampai tak ada masa menjenguk atau bertanya khabar kepada ayah, ibu, mertua, saudara-mara, dan jiran-tetangga.
Percayalah, tidak rugi kita bersilaturrahim dan menjaga hubungan sesama manusia kerana dalam sebuah hadis telah menyebutkan:
“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
3. BERSEDEKAH
Begitu banyak kelebihan sedekah yang sering kita dengar, sama ada dari sudut Islam mahupun psikologi. Menurut kajian, perbuatan memberi atau menyumbangkan harta, masa, tenaga, dan sebagainya kepada orang lain yang memerlukannya telah terbukti memberi manfaat besar terhadap manusia dari segi kesihatan mahupun emosi.
Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
4. MELAZIMI AL-QURAN
Allah menjanjikan keberkatan dunia dan akhirat kepada setiap orang Islam yang selalu meluangkan waktu membaca dan memahaminya. Ia adalah ayat-ayat dari Allah dan mukjizat yang teragung. Maka, rugilah jika kita tidak berusaha memahami isinya dan membaca ayatNya. Bacalah al-Quran setiap hari dan ajarkannya kepada anak-anak seawal usia.
Seseungguhnya, rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya akan dipenuhi dengan berkat.
Firman Allah:
“Dan (al-Qur’an) ini adalah kitab yang Kami telah turunkan yang mengandungi berkat, mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan…”
(Surah al-An’am: 92)
5. SOLAT DHUHA
Dalam sibuk memfokuskan pada kerja-kerja seharian di pejabat, menjaga anak di rumah, menyediakan makanan tengahari, terdapat satu rahsia dalam membantu anda mencapai keberkatan di dalamnya, iaitu dengan mengerjakan solat dhuha.
Terdapat banyak kelebihan luar biasa bagi solat sunat dhuha yang disebutkan dalam hadis.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu (solat dhuha), nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ramai lelaki yang kurang peka dengan penjagaan wajah. Mereka perlu sedar dengan penjagaan wajah yang rapi, ketampanan mereka akan lebih terserlah, memukau selain bakal menambat hati si dia. Sebelum bergelar raja sehari, lelaki perlulah mengamalkan beberapa rutin penjagaan wajah agar mereka tampil lebih berseri dan kacak di hari perkahwinan.
Ini ada beberapa tip dan rutin yang boleh lelaki amalkan sebelum menjelangnya hari perkahwinan!
1. PASTIKAN KULIT BERSIH
Untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, anda haruslah mencuci muka pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan selain habuk yang melekat pada permukaan kulit wajah. Ini akan membantu anda mendapatkan wajah yang lebih bersih.
2. LAKUKAN SKRUB MUKA
Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk anda mendapatkan kulit yang berseri. Proses ini membantu untuk menghilangkan atau membuang sel-sel kulit mati selain bintik-bintik hitam pada wajah. Tambahan lagi terdapat banyak produk skrub khas untuk lelaki yang dijual di pasaran.
3. PAKAI PELEMBAP
Adalah penting untuk melembapkan kulit tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kulit lain disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Oleh itu gunakan pelembap yang bertekstur ringan selepas anda mencukur dan sebelum masuk tidur.
4. ELAK TIMBUL JERAWAT
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, ikut diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, kunyah makanan dengan betul dan elakkan makanan yang berminyak, berempah serta pedas. Jangan lupa banyakkan minum air untuk mengatasi masalah jerawat.
5. ATASI KULIT KERING
Minum air dengan banyak dan gunakan pelembap merupakan langkah-langkah asas untuk anda mengatasi masalah kulit kering. Sekiranya kulit anda kering sehingga bersisik, gunakan pelembap khas yang boleh didapati di farmasi.
6. ATASI KULIT BERMINYAK
Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik merupakan antara sebab yang boleh mengakibatkan kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut. Elakkan mengambil makanan yang berminyak dan gunakan sabun yang sesuai untuk kulit wajah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah kewangan yang dialami kaum lelaki merupakan antara sebab yang mendorong kepada kemerosotan kadar perkahwinan di Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan dari Journal of Marriage and Family, data diambil antara tahun 2007 hingga 2012 dan dari 2013 hingga 2017 sebagai statistik bagi Kajian Komuniti Amerika.
Pengkaji mengkaji faktor kemerosotan perkahwinan dan membandingkan profil ekonomi kedua-dua gender bagi mencari perbezaannya.
Hasil kajian menunjukkan, calon suami ideal mempunyai pendapatan 58 peratus lebih tinggi berbanding pendapatan lelaki sebenar yang tidak berkahwin.
“Kebanyakan wanita mengimpikan untuk berkahwin tetapi berdepan kekurangan calon lelaki yang boleh dikahwini iaitu lelaki memiliki pekerjaan dan pendapatan stabil terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang menawarkan kerja dengan gaji rendah.
“Perkahwinan hari ini masih lagi berdasarkan cinta tetapi transaksi ekonomi juga sama pentingnya. Ramai lelaki muda hampir tidak mempunyai tawaran menarik untuk perkahwinan, terutama ketika tahap pendidikan wanita secara purata kini lebih tinggi daripada pasangan mereka,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Daniel Lichter.
Apa lagi agaknya alasan orang tak kahwin?
Sumber : era.je
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Haa, kalau bakal suami anda berbadan sasa dan sihat pastinya hubungan lebih bahagia kan. Yelah bagaimana nak beri kesedaran pada lelaki untuk kekal sihat, silalah share tips ini buat bakal suami anda ya. Lets sihat!
Push-Up
Senaman ini pastinya sudah tidak asing lagi. Kegiatan senaman ini berfungsi untuk membentuk otot dada, bahu, dan otot trisep. Banyak yang mengatakan bahwa push ups merupakan inti dari latihan membentuk otot. Latihan ini adalah major deal untuk seorang lelaki yang berniat untuk membuat otot lengannya besar.
Cara melakukan push ups dengan betul adalah dengan menempatkan tangan di lantai dengan kaki masing-masing yang sejajar dengan kedua tangan kamu. Kemudian perlahan menurunkan tubuh sampai dada hampir menyentuh lantai. Jaga bahagian siku agar tetap berada di samping tubuh untuk melindungi bahu.
Bear Crawls.
Latihan ini dimulai dengan posisi push-up. Kedua telapak tangan dan hujung kaki menyentuh lantai, namun jaga bahagian punggung agar tetap lurus. Pindahkan tangan kanan dan kaki kiri ke depan sehingga kaki kiri menyentuh tangan kiri. Lakukan hal yang sama dengan kaki dan tangan lainnya. Lakukan gerakan ini secara perlahan sehingga dapat merasakan otot tangan dan kaki berkerja. Ulangi beberapa kali.
Tricep Dips.
Untuk melakukannya bersandarlah pada kerusi, lalu letakkan tangan pada tepian kerusi tersebut. Pastikan buku-buku jari menghala ke depan. Tekuk kaki, lalu turunkan tubuh kamu secara perlahan. Saat menurunkan tubuh, pastikan siku lengan membentuk sudut 90 darjah. Tahan selama beberapa saat, lalu naikkan tubuh kembali. Ulangi gerakan tersebut hingga beberapa kali.
Tidak menggunakan alat sama sekali, ketika latihan di atas merupakan cara yang lebih simple dan sederhana dari pada harus bersusah-payah pergi ke tempat kecergasan.
SUMBER : LelakiSihat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!