Zaman sekarang suami isteri sama-sama kerja, jadi mestilah masing-masing penat. Walau ada wanita yang suri rumah, tetap pandai buat duit di rumah. Bisnes online, penat juga!
Itulah kata, bila dah kahwin suami kena ambil peduli. Kena tahu tanggung jawab rumah tangga, perlu dikongsi. Nak lagi faham, jemput baca perkongsian saudara Shamsul Faizal ini. Barulah harmoni perkahwinan kalian.
Dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak dan buka, terus ke dapur. Ambil beras masukkan dlm rice cooker.
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya. Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone. Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.
Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun.
Hari-hari macam ni.
Hello guys, isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ke?
Hangpa, lepas makan. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya. Punya baloq liat!
Sampah kat dapur pun hangpa tak bleh nak tolong buang. Bila bising, hangpa kata kuat berleter.
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah.
Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan,
Jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa tu kita akan menyesal.