Masa untuk ‘me time’ dan ‘family time’ adalah sangat penting dalam kehidupan selepas berumah tangga. Kedua-duanya mempunyai peranan yang unik dalam memastikan kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi masing-masing.
Seperti yang dikongsi oleh saudara Firdaus Shakirin, kalau nak tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah.
Ada sikit, kita seronok lah cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Begitulah lebih kurang.
Jadi tak seronok juga, si suami pergi balik kerja hari-hari. Si isteri menguruskan hal rumah hari-hari. Si anak pergi belajar hari-hari.
Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat.
Risau nanti masing-masing burn out, terus tak harmoni isi rumah itu. Duit ini, kita guna atau tak, kita tak guna ke, tetap habis serupa tu juga. Tak lekat juga kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, duduk saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit, duit banyak, kita belanja cara banyak. Takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Owh ya, zaman sekarang bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak juga kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan, isi minyak kereta, jalan-jalan. Letak tikar, bawa lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Dan perlu kita tahu, anak-anak yang sering menghabiskan masa bersama keluarga biasanya mempunyai kestabilan emosi yang lebih baik. Lebih rasa disayangi dan dihargai, yang penting untuk perkembangan psikologi mereka.