Hubungan

Suami Isteri Yang Naik Motor, Hidup Lebih Bahagia

Share

Bukan nak kata yang naik kereta tak bahagia. Cuma mereka-mereka yang naik motor ini sebenarnya rasa lebih bahagia sedikit berbanding yang lain. Tak semestinya anda kena naik motor besar atau superbike. Asalkan motosikal, walaupun kapcai, itu sudah mencukupi.

Namun, bukan juga yang naik kereta ni tak bahagia tapi perasaan bila naik motor lain dari yang naik kereta. Bersusah sama-sama dulu nanti baru senang bersama. Inshaallah.

Gambar sekadar hiasan

1) Abaikan kata-kata manusia

Kalau kau antara pasangan suami isteri yang naik motor pergi kerja bersama-sama, aku harap kau dapat persetankan kata-kata orang lain yang menghina kau.

Kau tahu, kau bahagia bukan?

Jadi, buat apa mahu dengar sindiran orang lain yang mengatakan kau miskin. Yang memandang kau low class.

Abaikan.

2) Last longer

Aku sekadar mahu kongsi, menurut artikel ini, pasangan yang naik motor bersama-sama, hubungan mereka akan last longer.

Apa maksud last longer?

Pada pendapat aku, maksudnya ialah perhubungan tersebut lebih tahan lama. Lebih kuat. Lebih kukuh. Dalam bahasa yang mudah, akan bersama selama-lamanya. Tidak akan bercerai.

Suami isteri bahagia. Lebih rapat hubungan suami isteri. Rasa macam remaja isteri yang sanggup naik motor bukan jenis memilih. Isteri ini jenis setia, sanggup berhujan berpanas bersama. Suami boleh sarungkan helmet untuk isteri. Bergurau atas motor lebih seronok, kos hidup lebih rendah

3) Lebih rapat hubungan suami isteri

Bukan setakat rapat badan sahaja. Tapi rapat hati mereka. Tak puas peluk di rumah, boleh peluk atas jalan raya.

Alangkah bahagianya bila si isteri dekatkan telinga pada dada suami, terdengar getaran jantung si suami. Susah senang kita bersama.

4) Rasa macam remaja

Kau ingat lagi masa kau bercinta dengan dia masa muda-muda? Masa belum berkahwin. Dan masa mula-mula berkahwin.

Itulah perasaan teenage love. Kau akan rasa terawang-awangan. Rasa high. Normal bagi pasangan yang sudah berkahwin sudah lama, tidak lagi merasai kemanisan rasa cinta pasangan masing-masing.

Kalau kau naik motor, bukan sahaja dapat mengimbau masa lampau. Kau juga dapat menimbulkan rasa teenage love itu. Rasa romantik dia lain macam.

Tak percaya? Cubalah.

5) Isteri yang sanggup naik motor bukan jenis memilih

Kalau dia jenis yang gilakan harta, sudah lama dia paksa suami berhutang beribu-ribu ringgit untuk beli kereta.

Untuk tunjuk pada adik-beradik dan saudara-mara lain yang dia juga mampu. Tapi aku percaya, isteri yang masih lagi setia dengan suami walaupun hanya berbekalkan motor, dia isteri yang baik. Isteri yang sanggup terima seadanya.

Cuma yang buat aku marah, bila si suami itu sudah berjaya dan banyak harta, kau janganlah tinggalkan isteri kau yang sanggup bersusah payah dengan kau.

Yang sanggup terima kau yang masa itu tak ada apa-apa. Pada pendapat aku, inilah antara kunci pasangan suami isteri bahagia.

Isteri ini jenis setia, sanggup berhujan berpanas bersama. Ini memang pengalaman yang sangat ‘rare’ bagi kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang sudah punya kereta.

Dapat kesejukan hujan yang turun secara tiba-tiba, dengan berpakain baju hujan penuh, si isteri peluk suami dlam perjalanan menuju ke rumah.

Meremang bulu roma.

Suami boleh sarungkan helmet untuk isteri
Jarang ada orang yang pakaikan tali pinggang keledar untuk isteri.

Bukakan pintu kereta untuk isteri?

Oh, itu jarang-jarang berlaku selepas berkahwin. Sebelum kahwin dulu, buka pintu kereta untuk bakal isteri adalah rutin.

Tapi bila si suami pakaikan topi keledar untuk isteri, nampak ‘sweet’ tak?

6) Bergurau atas motor lebih seronok

Seronok, tapi bahaya. Kadang-kadang suami buat lawak atas motor, berbual-bual bersama isteri. Tatkala itu, tangan isteri yang macam ketam akan segera mencubit pinggang suami. Maka si suami akan tergocoh-gocoh membetulkan pemanduan motor.

Orang kaya, lebih ‘risky’, lebih seronok. Bahaya, jangan bergurau atas motor.

Aku sangat yakin, bila kau yang bawa kereta, nampak perlakuan suami isteri yang bergurau atas motor, kau akan senyum sendiri. Kau pula akan rasa mahukan momen tersebut.

Itu kalau kau nampak suami isteri.

Kalau kau nampak pasangan yang belum kahwin bergurau-gurau manja atas motor, kau tolong terajangkan motor dia untuk aku. Kasi tumbang dua-dua.

7) Kos hidup lebih rendah

Suami isteri bahagia, hidupnya bukan hanya pada harta dan wang ringgit. Pasangan ini hidup sederhana, atas apa yang ada.

Banyak yang boleh jimat. Ada duit lebih, boleh bawa isteri dan anak-anak makan luar sesekali.

Bila kos hidup rendah, tak adalah rasa tertekan dengan duit yang selalu tak cukup.

Keberkatan itu bukan pada duit semata-mata, kan?

Jadi, kereta tak penting?
Siapa kata tak penting? Kalau ada kemampuan, apa salahnya beli kereta. Jika ada anak nanti, mudah untuk bawa anak ke klinik jika sakit secara tiba-tiba. Jika isteri mahu bersalin, lebih selamat untuk bawa dia naik kereta.

Kalau sudah cukup wang, teruskan.
Cuma pastikan, kalau nak rasa bahagia naik motor, kena kahwin dulu.

‘Pakwe makwe’ yang acah-acah kongsi artikel ini untuk tunjukkan rasa bahagia, ini tidak kena pada tempatnya.

Halalkan dulu hubungan, baru dapat rasa apa itu kebahagiaan. Kalau mahu jadi pasangan suami isteri romantik sekalipun, kahwinlah dulu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : the rohani

Published by
NanyRahman