Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri, nafkah tetap kena bagi. Ini Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri…tak kisahlah walau gajinya lebih tinggi atau keuntungan perniagaannya lebih banyak dari suami…

Ini kerana kedudukan suami itu dalam rumahtangga…

Suami Itu Ketua, Maka Dia Bertanggungjawab Ke Atas Apa Yang Dipimpinnya

Suami itu ketua, suami itu pemimpin dan suami bertanggungjwb ke atas apa yg dipimpinnya iaitu isteri dan anak2…diakhirat kelak, suami akan ditanya tentang kebajikan isteri dan anak2…

Tanggungjawab hakiki utk menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan seorang isteri masih dibahu suami walau apa jua pekerjaan isteri…

Suami tak boleh p4ksa isteri utk bayar hutang suami, suami tak bleh ram p4s duit isteri utk kegunaan suami…

Ads

Duit isteri tetap duit isteri walau suami yg membenarkan isteri bekerja atau berniaga…

Sekiranya suami ingin mengagihkan komitmen keluarga dgn cara “ini awak bayar, itu saya bayar”, maka suami perlu dapat izin dan redha isteri…isteri perlu ada kesedaran utk membantu meringankan bebanan suami dlm men4nggung keluarga…kebiasaannya, ini cara yg diamalkan oleh kebanyakkan suami dan isteri yg bekerja/berniaga…

Suami bayar rumah, isteri bayar kereta…
Suami beli brg mentah, isteri bayar yuran sekolah…
Suami bayar bil utiliti, isteri bayar duit mkn hari2…

Suami masih wajib utk men4nggung apa yg sepatutnya ditanggungnya dgn kemampuan yg dia ada…jika suami masih ada duit lebih selepas dibantu isteri, maka suami perlu ambil lagi bebanan yg ada dibahu si isteri…

Ads

Kewajipan menafkahi akan terlepas sekiranya si isteri redha utk suami tidak menyediakan makan minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal kerana si isteri mampu utk melakukan yg sedemikian dgn pendapatan yg dia ada…jika tidak, NAFKAH TETAP KENA BAGI.

 

 

 

Ads

 

 

 

 

Kredit : firdaus shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI