Bila dah kahwin, suami jangan berkira dengan isteri bab duit. Ini syarat paling utama kalau nak bahagia sampai hujung nyawa.
Orang perempuan, kadang sebab tak mahu susahkan sumai, sanggup guna duit sendiri. Asal duit dapur diguna sebaiknya bukan buat beli barang kehendak.
Namun hakikatnya, orang lelak suka tengok benda cantik atau molek, bukan? Ini yang menjadi masalah. Sepatutnya suami kena faham soal duit.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, lumrah wanita nak ada duit sendiri. Baik bekerja atau berniaga, dia nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.
Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.
Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami kat isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluan dia.
Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti, perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.
Boleh jadi alat perhiasannya dah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya dah kena beli.
Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada tu, perlu difikirkan berkali-kali.
Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik di mata, tapi pakai mana yang ada, maka di mana “menariknya”…?
Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak. Isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri, dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan untuk dirinya.
Dia tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami.