Berbahagi tanggungjawab antara suami dan isteri dalam kehidupan rumah tangga sering dibahaskan. Berlaku juga keadaan di mana suami enggan melaksanakan tanggungjawab dalam urusan rumah tangga sehingga semua dilakukan oleh isteri hingga penat.
Namun, bagaimana jika yang terjadi sebaliknya?
Suami melaksanakan semua tugas dalam keluarga. Bukan hanya mencari nafkah utama, malah turut mengatur segala hal. Sehingga, anda seperti burung dalam sangkar emas. Serba serbi lengkap, namun tidak pernah berpeluang membuat keputusan. Segala perkara diatur dan ditentukan oleh suami. Bagi isteri hal ini tidak memberi kepuasan buat isteri kerana dia juga berhak untuk memutuskan sesuatu perkara.
Isteri tidak akan tiba-tiba mengajukan cerai, jika bukan kerana ia memendam persoalan yang sudah lama terbuku di hati. Hal ini berlaku oleh kerana ketidakpekaan suami terhadap persoalan yang muncul. Segalanya terjadi bermula daripada persoalan yang mudah, tetapi kerana terus dihitung satu persatu, akhirnya seperti bom jangka, yang menunggu masa untuk meletus.
Idealnya, suami isteri perlu saling memahami dan mengerti tanggunjawab dan peranan satu sama lain. Tetapi, hal ini hanya boleh wujud apabila adanya komunikasi yang baik dan tanggungjawab yang seimbang. Ketika salah satu pihak merasa tidak dianggap penting, dalam hal ini ialah isteri, bererti ada yang salah dalam pembahagian tanggungjawab di dalam rumah tangga.
Namun, saling menyalahkan antara satu sama lain bukanlah jalan keluarnya. Seperti dalam kes isteri yang merasa tidak memiliki peranan kerana suami tidak menganggap kehadiran isterinya. Boleh jadi juga niat suami sebenarnya baik, seperti ingin memanjakan dan memudahkan pasangan. Sehingga, banyak tugas yang seharusnya dibahagi, tetapi semuanya ditangani atau sebahagian besar dilaksanakan oleh suami. Meski, suami ‘baik hati’, jangan sampai mengawal semuanya. Memberi alasan untuk melindungi isteri, tetapi sebenarnya dia ingin mengambil semua tanggungjawab terutama dalam membuat keputusan. Dalam erti kata lain menganggap isterinya tidak layak dalam membuat keputusan.
Pembahagian tugas ini adalah fleksibel, bergantung kesepakatan suami isteri. Namun, idealnya, pembahagian tanggungjawab itu perlulah sama rata, baik untuk soal mencari nafkah bagi keluarga mahupun tugas-tugas domestik. Mulai daripada penjagaan anak-anak, memasak untuk keperluan sehari-hari dan sebagainya. Barulah kehidupan rumah tangga sempurna dan bahagia.