Khas untuk para suami, bila sudah kahwin, jangan guna kuasa veto sekat isteri nak dekat ahli keluarganya. Apatah lagi kalau orang rumah berjauhan dengan keluarganya, belajarlah untuk toleransi dalam semua hal.
Bak pandangan saudari Nur Syuhada, jangan jadi penghalang bila isteri mahukan ruang untuk ahli keluarganya.
Jangan Guna Kuasa Veto
– Jangan halang atau larang isteri daripada balik ke rumah orang tuanya.
– Jangan halang atau larang isteri daripada menjaga orang tuanya ketika mereka sakit.
– Jangan halang atau larang orang tua isteri datang ke rumah kita.
Ads
– Jangan halang atau larang isteri bagi duit kepada org tuanya.
– Jangan halang atau larang isteri berbakti kepada org tuanya.
– Jangan sesekali menghina atau merendahkan keluarga isteri.
Ads
– Jangan sesekali pisahkan isteri dengan keluarganya.
Tak ada isteri yang suka jika tugasnya sebagai seorang anak kepada orang tuanya dihalang suami. Tak ada isteri yang mahu jika suaminya memisahkan dia dengan keluarganya tanpa sebarang sebab musabab yang dibenarkan syarak.
Ingat, kegembiraan isteri penentu kebahagiaan dalamm rumah tangga. Sekiranya kita melakukan perkara-perkara di atas atas sebab pentingkan diri sendiri atau menggunakan kuasa veto sebagai suami, maka ini tidak akan menggembirakan isteri.
Ads
Isteri tak akan teragak-agak untuk memilih keluarganya sendiri berbanding diri suami.
Bertoleransilah sebagai seorang suami.
NOTA: Isteri bukan hamba, yang setelah kahwin perlu mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami. Dia masih milik Allah sama macam suami, dia hanya Amanah yang Allah titipkan kepada suami untuk disayangi dididik kejalan yang diredhai, dan suami sebagai pemimpin yang Allah perintah dihormati, dipatuhi oleh isteri selagi mana perintahnya tidak melanggar syarak, maka wajib isteri patuh.
“Isteri perlu disayangi, manakala suami perlu dihormati.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai lelaki yang takut untuk berkahwin dengan wanita lebih tua. Alasannya takut kehidupannya akan dikawal sepenuhnya oleh isteri. Malah jika ada lelaki muda yang memutuskan untuk berkahwin dengan wanita lebih tua, ia akan dilihat seperti ada ‘udang di sebalik batu’.
Walaupun ramai lelaki di luar sana yang lebih memilih wanita muda atau sebaya sebagai pasangan hidup, namun jangan sangka semua kelebihan hanya berpihak pada wanita muda sahaja. Perkahwinan dengan wanita tua juga tidak kurang hebatnya.
Selain lebih bahagia, ini ada 11 kelebihan lain yang lelaki patut rasa beruntung mengahwini wanita lebih tua.
1. LEBIH MENIKMATI HUBUNGAN INTIM
Memandang wanita lebih tua mempunyai banyak pengalaman maka tidak hairanlah jika mereka lebih terbuka dalam hal-hal layanan mesra dan hubungan intim, selain lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an. Hasrat mengadakan hubungan intim akan menjadi lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus berserta kewangan yang mantap. Wanita lebih tua juga dikatakan pasangan ‘dalam kelambu’ yang tepat bagi lelaki muda yang mempunyai keinginan ‘bersama pasangan’ yang cukup tinggi.
2. LEBIH MENGHARGAI CINTA
Pertambahan usia selalunya mengingatkan kita betapa dekatnya kita dengan saat akhir dalam hidup, lantas ini membuatkan wanita berusia lebih menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya. Wanita lebih tua juga akan lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika pasangannya lebih muda daripadanya. Pasti cinta itu akan dibalas dengan sepenuh jiwa.
3. LEBIH MATANG
Sudah menjadi fitrah lelaki lebih suka pada wanita yang berfikiran matang dalam semua perkara, bijak dan memiliki jiwa keibuan. Tidak dinafikan, wanita yang lebih berusia mempunyai sifat yang lebih matang dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak serta berkesan. Mereka akan lebih bersabar dalam menghadapi masalah yang menimpa serta tenang dalam menghadapinya.
4. TAHAP KEYAKINAN YANG TINGGI
Mereka mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam diri. Percayalah, wanita lebih tua telah bertemu dengan ramai orang yang pelbagai ragam. Mereka pastinya tahu bagaimana untuk menghadapi situasi dengan tenang, apatah lagi dengan pasangan hidup. Malah wanita lebih tua juga boleh membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan orang baharu serta persekitarannya. Mereka juga akan membantu pasangannya untuk terus maju ke arah yang lebih baik.
5. ADA WAWASAN & HALA TUJU YANG JELAS
Wanita lebih tua akan membantu anda dengan pendapat dan idea yang bernas bermula dari saat pernikahan dan plan A to Z dalam hal memelihara keluarga tercinta. Perjalanan hidup keluarga anda akan lebih terancang dan teratur dari semua segi dan aspek. Semua impian anda bersamanya akan menjadi lebih mudah untuk anda berdua nikmati. Wanita lebih tua akan membantu anda memperjuangkan impian-impian anda bersama dengan sepenuh jiwa dan raga.
6. LEBIH BERSIKAP TERBUKA
Mereka mempunyai pandangan yang lebih luas dan terbuka. Mereka akan memastikan keluarga yang dibina berada dalam landasan yang betul dan sempurna. Sikap suka merajuk, meminta-minta dan berfikiran sempit bukanlah sikap yang ada dalam diri mereka. Komunikasi antara anda dan pasangan juga menjadi lebih mudah dan telus.
7. BERSIKAP TENANG & PENUH PERTIMBANGAN
Wanita lebih tua banyak memberi bantuan dan pertolongan dengan mempertimbangkan dari semua aspek. Perbincangan menjadi lebih mudah dengan pertolongan dan idea-idea yang cukup bernas. Mereka tenang dalam mengendalikan sesuatu masalah tanpa menyusahkan sesiapa. Kadangkala, pendapat dan idea yang dilontarkan tidak pernah terlintas di kotak fikiran orang lain.
8. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
Wanita lebih tua akan lebih dewasa dalam berfikir dan memilih untuk memikul tanggungjawab dalam banyak perkara, terutamanya hal yang menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Baginya, menghargai suami adalah perkara yang sangat penting dan itu ada di dalam dirinya. Kepercayaan, kejujuran dan rasa hormat akan dipegang erat olehnya demi kebahagiaan keluarga tercinta.
9. TIDAK BERGANTUNG PADA PASANGAN
Ia bukan bererti wanita lebih tua tidak memerlukan anda sebagai seorang suami tetapi mereka sentiasa memikirkan masa depan yang lebih baik. Mereka memikirkan beberapa kemungkinan buruk yang mungkin berlaku dalam hidup. Sebagai contoh, mereka membina bisnes kecil-kecilan secara online untuk membantu ekonomi rumah tangga. Secara tidak langsung wanita lebih tua dapat membantu dari segi kewangan buat pengurusan keluarganya. Mereka cuba ikhtiar untuk memperbaiki keluarga dari semua aspek termasuk aspek kewangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Media sosial telah menjadi ruang utama untuk semua orang berkongsi perasaan mereka termasuklah meluahkan kegembiraan, kesedihan, kemarahan, dan sebagainya. Ada yang berpendapat sebenarnya tidak elok kita berkongsi masalah kita di media sosial.
Namun, ada pula yang menganggap media sosial sebenarnya boleh memberi kebaikkan kepada mereka. Contohnya antara suami dan isteri, mengimbau kembali zaman perkahwinan dan percintaan mereka.
Tapi, tahukah anda yang media sosial juga sebenarnya satu peruntuh rumah tangga? Jom kita lihat bagaimana media sosial boleh meruntuhkan kebahagian anda dalam sekelip mata saja dengan 5 cara ini.
#1 Merugikan masa
Tak salah untuk kita membuka atau melihat sosial media kita sekadar ingin tahu apa perkembagan terkini, dan isu-isu semasa. Tetapi sesekali jaga terlalu menghadap gajet anda sehingga pasangan pun tak dilayan. Suami isteri perlu bijak membahagikan masa, tidak perlu melihat dengan benda yang tidak berfaedah.
#2 Kadang kala boleh berhubung dengan orang yang salah
Dengan media sosial juga anda boleh terjumpa ‘bekas kekasih’ anda dan secara tidak sengaja berhubung. Mungkin mereka ada niat lain dalam ingin berkawan dengan anda atau mereka masih belum ‘move on’. Hati-hati! ini boleh mendatangkan salah faham antara anda dan pasangan.
#3 Media sosial memburukkan komunikasi
Ya! media sosial boleh membuatkan kita hilang komunikasi terhadap orang sekeliling kita. Betapa hebatnya media sosial ini sehinggakan kita tidak sedari kewujudan orang disebelah kita. Pasangan tidak sepatutnya luangkan masa mereka dengan sosial media. Ini akan memburukkan lagi keadaan.
#4 Media sosial boleh membuatkan anda terlebih kongsi kisah rumah tangga
Pasti kita akan merasa ingin berkongsi gambar atau video di media sosial tidak kiralah sama ada dalam bentuk gambar atau video. Mungkin dalam tidak sedar anda telah memuat naik status berunsur kemarahan kepada pasangan anda. Bahaya juga sebenarnya jika anda terlalu berkongsi semua kehidupan anda di media sosial kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
#5 Merosakkan keakraban suami isteri
Jika anda selalu sangat scroll atau periksa feed sebelum tidur, percayalah yang sebenarnya anda sedang merosakkan keadaan anda bersamanya. Kerana waktu tidurlah masa antara anda dan pasangan bermanja mesra.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon.
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!