Hubungan

Suami, Jangan Guna Kuasa Veto Sekat Isteri Dekat Dengan Ahli Keluarganya

Share

Khas untuk para suami, bila sudah kahwin, jangan guna kuasa veto sekat isteri nak dekat ahli keluarganya. Apatah lagi kalau orang rumah berjauhan dengan keluarganya, belajarlah untuk toleransi dalam semua hal.

Bak pandangan saudari Nur Syuhada, jangan jadi penghalang bila isteri mahukan ruang untuk ahli keluarganya.

Jangan Guna Kuasa Veto

– Jangan halang atau larang isteri daripada balik ke rumah orang tuanya.

– Jangan halang atau larang isteri daripada menjaga orang tuanya ketika mereka sakit.

– Jangan halang atau larang orang tua isteri datang ke rumah kita.

– Jangan halang atau larang isteri bagi duit kepada org tuanya.

– Jangan halang atau larang isteri berbakti kepada org tuanya.

– Jangan sesekali menghina atau merendahkan keluarga isteri.

– Jangan sesekali pisahkan isteri dengan keluarganya.

Tak ada isteri yang suka jika tugasnya sebagai seorang anak kepada orang tuanya dihalang suami. Tak ada isteri yang mahu jika suaminya memisahkan dia dengan keluarganya tanpa sebarang sebab musabab yang dibenarkan syarak.

Ingat, kegembiraan isteri penentu kebahagiaan dalamm rumah tangga. Sekiranya kita melakukan perkara-perkara di atas atas sebab pentingkan diri sendiri atau menggunakan kuasa veto sebagai suami, maka ini tidak akan menggembirakan isteri.

Isteri tak akan teragak-agak untuk memilih keluarganya sendiri berbanding diri suami.

Bertoleransilah sebagai seorang suami.

NOTA: Isteri bukan hamba, yang setelah kahwin perlu mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami. Dia masih milik Allah sama macam suami, dia hanya Amanah yang Allah titipkan kepada suami untuk disayangi dididik kejalan yang diredhai, dan suami sebagai pemimpin yang Allah perintah dihormati, dipatuhi oleh isteri selagi mana perintahnya tidak melanggar syarak, maka wajib isteri patuh.

“Isteri perlu disayangi, manakala suami perlu dihormati.”

Published by
Nadia