Isteri nampak je duduk di rumah dari pagi sampai petang tapi kita tak pernah tahu apa yang dilalui mereka. Yang kita tahu, penat kita di tempat kerja. Membayangkan kerja seorang isteri ni, boleh bermain bersama anak bila letih, boleh memasak bila lapar, hakikat dan realitinya, isteri ini kerjanya tidak pernah putus. Dan hanya satu ubat segala keletihan mereka iaitu seorang suami yang memahami.
Ini perkongsian seorang suami bernama Mizan Dzai :
GILIRAN SUAMI
============
Dari dulu sampai sekarang kita selalu dengar pasal isteri ambil pil perancang untuk mengawal production dia orang dari keluarkan model baru setiap tahun. Macam-macam jenis pil di telannya dan ada yang setiap bulan kena cucuk.
Kau sebagai suami kena ingat, ini adalah antara punca badan isteri naik dengan jayanya sebab hormon dia orang terganggu. Kau yang tak beragak asik nak buang kat dalam, lepas tu salahkan isteri bila badan dia naik sampai kong absorber kereta belah penumpang.
Nak melalui fasa mengandung ni bukan semudah kau urut belakang dia bila dia muntah, itu pun kalau tak jijik dan kalau rajin nak urut lah. Kau sendiri muntah pun tahu penat. Kalau kau pernah kena food poisoning kau tahu lah rasanya macam mana. Penat gila dan lagi teruk dari tu.
Macam yang baru-baru ni, kita digemparkan dengan kes seorang ibu kelar anak dia yang berusia 2 bulan. Sedih, terkejut, semuanya ada. Allahurabbi. Minta dijauhkan perkara sebegini dari kita semua. Ramai orang komen, binatang pun sayangkan anak. Ramai orang komen, ini kerja orang tak ada iman.
Cubalah untuk tidak menjadi manusia bebal yang suka menghukum tanpa usul periksa. Yes, manusia bebal. Terutamanya lelaki dan wanita bujang yang hebat mengata dan tak rasa apa dia rasakan. Kau tu pernah ke berada kat tempat dia? Ibu mana (yang bernikah) yang tak sayangkan anak?
Kau tahu tak Allah cipta wanita yang mengandung dan bersalin ni setabah dan sekuat-kuat manusia? Sakit melahirkan ni, satu benda yang kau sebagai suami takkan boleh bayangkan. Kau tu baru kena inject ambik darah dah menjerit satu kampung. Berbual lebih.
Kau tak rasa kesakitan, kegembiraan dan kenikmatan dia orang bila diberitahu yang dia mengandung, melayan mual dan morning sickness, melayan apa yang anak tekak dia nak rasa, sakitnya bila kaki bengkak dan pinggang sakit tengah malam lagi-lagi bila sakit di tempat Epidural untuk anak kedua dan seterusnya, debar dan sakitnya contraction juga kesakitan bersalin sampai terkoyak.
Bila terkoyak, lebih lagi yang terkoyak senget, alignment dia dah tak sama macam dulu. Duduk pun senget sikit sebab tak selesa atau ngilu kerana dijahit. Kau yang lelaki ada fikir? Ada jaga perasaan dia orang?
Perempuan mengandung ni emosinya tak menentu, tak stabil dan susah untuk kau jangka. Dia boleh menangis secara tiba-tiba sebab tak tahan badan sakit-sakit. Kau sebagai suami harus bagi perhatian lebih kat isteri tu. Mulut jangan main lepas je cakap perkara yang tak sepatutnya.
Jangan buat benda bodoh, jangan pentingkan diri sampai ajak isteri bersama sebelum habis pantang. Nauzubillah. Dengan luka tak kering lagi, dalaman tak sembuh sepenuhnya kau dah gasak sebab nafsu kuda kau tu. Gila.
Lagi-lagi bila kau si suami yang tak ada rezeki untuk jaga isteri, terpaksa hantar anak isteri ke rumah mertua untuk berpantang disana. Sakitnya, tabahnya wanita yang bergelar isteri tanpa suami disisi. Paling aku tersentuh, bila nak sapu ubat kat luka jahitan tu, Allahhurabbi.
Banyak sebenarnya yang kita sebagai lelaki selalu salahkan isteri. Dia orang ni sentiasa nak yang terbaik untuk kita dan keluarga. Biasalah kekadang dia tak faham, itu tugas kita untuk bagi faham, untuk membentuk dan mendidik. Jangan letakkan soal merancang anak, berpantang, kerja rumah, rumah tangga, pendidikan, dan sebagainya pada bahu isteri semata-mata. Don’t.
Cuma bab merancang, kalau kau rasa ekonomi belum cukup stabil, kalau rasa tak bersedia untuk jaga anak berderet setiap tahun, bawa berbincang dan bantu satu sama lain. Jangan kau reti buat tapi tak reti jaga. Jangan kau serah semuanya pada isteri, jangan kau buat-buat tak tahu.
Suami tolong lah apa yang patut di rumah kalau ada anak kecil lain. Tak sempurna kerja rumah macam isteri buat, tak apa la. Yang penting jangan la sampai macam tongkang pecah, mesti berkomunikasi dengan dia, dan jangan menyebabkan isteri jadi Post Partum Depression (PPD) atau dalam bahasa kita, meroyan.
Mulai sekarang, giliran kita membantu.
Allah dah janji, ada rezeki pada isteri dan setiap anak. Allah dah janji, jangan ragu-ragu, jangan pentingkan diri dan tamak.