Bagaimanakah caranya untuk memilih pakaian yang sesuai semasa mengandung? Di sini akan dikongsikan beberapa tips berkaitan pemilihan baju ibu mengandung bagi bakal ibu-ibu. Semoga ianya dapat membantu para ibu dalam memilih pakaian yang betul ketika berpakaian. Antara tips tersebut adalah :

7 Tips Membeli Baju Hamil Untuk Ibu Mengandung

Suami Kalau Belikan Baju Isteri Yang Hamil, Sila PIlih Yang Buat Dia Nampak Kurus!
.

#1 – Kenali Bentuk Badan

Semasa hendak membeli baju mengandung, bakal ibu perlu bijak dalam pemilihan baju. Bakal ibu perlu bijak dalam mengenali bentuk badan ketika mengandung. Jika perut anda lebih ke bawah, pakaian yang lembut di pinggang akan lebih selesa. Manakala, sekiranya perut lebih lebih tinggi wujudkan garisan antara dada dan perut.

Antara cara mewujudkan garisan pada baju mengandung menggunakan tali atau getah. Ianya akan terlihat lebih elegan apabila ada garisan yang memisahkan perut dengan dada. Pada masa yang sama, akan terlihat baby bum ibu tersebut. Tetapi perlu beringat, elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat atau pakaian yang melekat di tubuh badan. Ianya akan menyebabkan ketidakselesaan semasa memakai pakaian tersebut.

#2 – Fabrik Lembut Yang Serap Peluh

Membeli pakaian hamil semasa mengandung perlu mengutamakan soal fabrik. Dan antara fabrik yang paling sesuai untuk pemilihan pakaian ibu hamil ialah dari kain jenis jersi. Jika ibu hamil tidak suka pada kain jersi, ibu-ibu boleh pilih pakaian dari jenis kain yang lain. Cuma pastikan memilih pakaian dengan mengutamakan fabrik kain yang lembut dan menyerap peluh.

Ini penting bagi memberikan keselesaan kepada para ibu semasa melakukan pergerakan. Elakkan pemilihan pakaian yang menggunakan kain yang agak keras atau kasar kerana kain ini akan menyebabkan anda berasa kurang selesa dan panas hingga tahap berpeluh-peluh.

IKLAN

#3 – Pilih Baju Ibu Mengandung Yang Mesra Menyusu

Membuat pemilihan baju mengandung bersama dengan baju mesra menyusu. Ianya boleh menjimatkan kos pembelanjaan dan membolehkan para ibu menggunakan pakaian tersebut dalam jangka masa yang lama yakni semasa mengandung dan menyusu badan.

Baju penyusuan yang paling mudah adalah baju yang hanya perlu selak sahaja di bahagian dada. Ada juga baju mesra penyusuan yang mempunyai butang atau zip di bahagian dada bagi memudahkan proses penyusuan bayi. Pilihlah baju yang begini untuk pemakaian dalam masa yang lebih lama. Barulah jimat dan tak membazir!

#4 – Pilih Design Atau Corak Menegak Berbanding Melintang

Pilih pakaian mengandung dengan design atau corak yang menegak berbanding dengan melintang. Design baju mengandung dengan corak begini sangat sesuai kerana pakaian corak menegak melihatkan si pemakainya kelihatan kurus berbanding dengan pakaian dari corak yang melintang.

IKLAN

Walaupun tubuh wanita mengandung kelihatan besar tetapi dengan menggunakan corak baju yang menegak akan memperlihatkan susuk badan mereka lebih elegan dan kecik walaupun berbadan dua. Barulah nampak lebih langsing.

#5 – Pilih Seluar Dengan Rekaan Untuk Wanita Mengandung

Bagi wanita yang bekerjaya, pilihlah seluar yang direka khas untuk wanita mengandung. Perincian seluar khas untuk ibu mengandung ini selalunya di reka sesuai mengikut kehendak tubuh si ibu yang sedang hamil itu sendiri.

Kebiasaannya, seluar ini sangat membantu untuk digayakan ketika sedang hamil di fasa trimester ke-3 kerana semasa fasa ini, kandungan sudah semakin membesar. Selalunya seluar bagi wanita yang mengandung ini mempunyai getah atau tali untuk memudahkan ibu melaraskannya mengikut keselesaan dan saiz perut.

IKLAN

#6 – Elak Guna Kasut Tumit Tinggi

Elakkan menggunakan kasut yang bertumit tinggi semasa mengandung terutamanya semasa trimester ke-3. Hal ini disebabkan oleh permukaannya yang tidak stabil. Pada masa yang sama, wanita yang mengandung mudah mendapat bengkak pada bahagian kaki, jadi penggunaan kasut yang bertumit tinggi adalah tidak sesuai.

Pemilihan kasut yang flat lebih sesuai bagi wanita yang mengandung dan ianya lebih selamat. Selain itu, pemilihan tapak kasut juga salah satu bahagian yang penting kerana sekiranya tapak kasut yang digunakan itu licin ianya tidak selamat walaupun kasutnya flat. Justeru itu, semasa hendak membeli kasut amatlah disarankan untuk membeli kasut yang mempunyai tapak yang mencengkam supaya ianya tidak licin dan membahayakan ibu yang mengandung.

Suami Kalau Belikan Baju Isteri Yang Hamil, Sila PIlih Yang Buat Dia Nampak Kurus!
.

#7 – Pilih Tudung Yang Sesuai

Akhir sekali adalah pemilihan tudung. Bagi semua wanita pemilihan tudung haruslah bersesuaian dengan baju yang bakal dipakainya. Ianya serupa dengan wanita yang mengandung, pakaian yang dipakai haruslah sesuai dengan tudung yang dipakainya. Sekiranya, tudung dan baju tidak sedondon maka aura kecantikan seseorang itu tidak menyerlah. Tetapi ianya hanyalah pendapat umum bukan pendapat yang specific.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI