Suami isteri, ada kalanya baik adakalanya bergaduh. Namun, itu bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam kehidupan berumah tangga. Semua orang tidak sempurna. Jadi siapalah kita untuk menilainya. Kalau pasangan ada kekurangan bantulah mereka. Bukan mencela atau menghina.
Lelaki dan sifat panas baran memang tidak asing lagi. Oleh itu, sebagai suami anda harus mengawal sifat baran anda terhadap keluarga lebih-lebih lagi pada isteri anda. Kerana sifat baran lelaki ini tidak sama seperi perempuan.
Jika anda berada dalam keadaan marah cuba tenangkan diri dan elakkan daripada perkara ini. Kerana ia akan memusnahkan lagi rumah tangga anda.
#1 – Marah isteri atas kenakalan anak-anak
Anak-anak ni memang tak boleh dijangka. Bila-bila je dia boleh meletup. Tak patut isteri yang dipersalahkan atas kenakalan mereka. Sebaliknya suami yang patut ajar anak tentang adab dan disiplin.
#2 – Maki hamun sesuka hati
Isteri mempunyai memori 10 kali ganda lebih kuat dari lelaki. Sekali suami maki hamun, 10 tahun isteri boleh ingat lagi. Nak marah pun kena ada adab, cukup cakap dengan nada tegas tanpa perlu keluar kata-kata kesat. Bisa mulut ni lebih bahaya dari racun tau.
Ads
#3 – Menengking sekuat hati
Menjerit tak menyelesaikan masalah. Cakap dengan nada tegas dah cukup buat isteri sedar kesilapan dia. Fokus sekarang nak selesaikan masalah bukan menghentam isteri atas kesalahan yang dah lepas.
#4 – Beri tekanan melampau pada isteri
Jangan tambah tekanan dari yang sedia ada. Cukup jelaskan apa kesalahan mereka dan bagi cara untuk elak di kemudian hari. Wanita ni mudah stress, diorang 2 kali ganda lebih mudah stress dari lelaki. Hati-hati jangan sampai emosi isteri koyak melampau.
Ads
#5 – Tak beri peluang isteri menjelaskan
Beri peluang isteri bercakap. Dua-dua bercakap serentak pun tak guna. Apa pun kesalahan mesti ada cerita di sebaliknya. Dapat tahu punca dapatlah selesai masalah.
#6 – Pukul jangan sekali
Ads
Ini jangan sesekali buat. Tolong tangan jangan ringan sangat naik muka, badan bagai. Itu perbuatan dayus. Lelaki patut melindungi bukan membinasa.
#7 – Buat tuduhan tanpa bukti
Seperti di beritahu tadi dapatkan penjelasan sebelum buat tuduhan. Tuduhan rambang ni buat masalah jadi teruk. Baik elakkan. Apa-apa pun utamakan dulu penjelasan dari isteri berbanding percaya cakap orang luar.
#8 – Tak bersabar
Apa-apa pun situasi suami kena banyak bersabar. Jangan marah ketika dalam keadaan penat kerana masa ni otak fikir terlalu lemah untuk berfikir, yang berfungsi otak emosi sahaja. Keputusan berdasarkan emosi marah ni 99% ke arah negatif. Bahaya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah…
Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Aamiin. Aamiin.
Facebook : Maahad Tahfiz Al-Quran Janda Baik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setahun sudah usia perkahwinan, namun tanda-tanda untuk hamil masih belum kunjung tiba. Keluarga mertua sudah mula bertanya. Stres dan bimbang mulai menguasai diri.
Berikut antara perkara berfaedah yang patut anda cuba, dalam usaha memperolehi zuriat.
1. Bersenam
Suami isteri haruslah melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Lakukannya secara konsisten setiap hari bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan tubuh badan. Jika tidak punya masa kerana sibuk bekerja, lakukannya aktiviti seperti berjoging, berenang atau berbasikal pada hujung minggu.
2. Kurangkan Pengambilan Kafein
Hadkan pengambilan kafein kepada sekurang-kurangnya satu cawan sehari. Lebih baik cuba untuk mengambilnya hanya dua kali dalam sebulan dan selebihnya jadikan minuman sihat seperti air kosong dan susu sebagai amalan.
3. Jumpa Pakar Perubatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor pakar berkaitan tahap kesuburan dan sebagainya. Jika ingin mengambil suplemen tertentu pastikan anda dan pasangan mendapat kebenaran dan memastikan kesan sampingan yang akan berlaku jika ubat tersebut diambil.
4. Masalah Berat Badan
Pastikan anda dan pasangan mempunyai berat badan ideal agar kesihatan anda dan pasangan tidak terganggu. Ini kerana masalah obesiti boleh menjadi penyebab anda sukar mendapat cahaya mata.
5. Amalan Pemakanan Sihat
Makanan seperti buah-buahan, kekacang, sayuran hijau dan bijirin penuh merupakan yang terbaik untuk pemakanan seharian kita dan perlu diamalkan sebelum anda hamil lagi.
6. Berhenti Merokok
Merokok merupakan satu tabiat buruk yang diketahui umum tidak mendatangkan kebaikan, malah memberi kesan buruk kepada perokok dan individu di sekelilingnya. Tabiat merokok juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang, oleh itu baik anda atau pasangan, berhentilah merokok.
7. Ambil Asid Folik
Pengambilan asid folik sebelum 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dinding rahim.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betulkah wanita sukar difahami? Malah kadang kala perkara yang kecil pun boleh dijadikan isu dan cepat tersentuh. Dalam hal ini lelaki perlulah bijak mengambil hati wanita dengan lebih memberi perhatian. Barulah hati wanita berbunga-bunga suka. Jangan ambil mudah ya lelaki, jom tengok apa perkara yang boleh menyinggung perasaan wanita.
1. LUPA TARIKH PENTING
Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk dengan urusan kerja jika anda lupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak akan meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki boleh mengingati momen terindah. Malah dengan zaman yang semakin maju, anda boleh terus menggunakan nada peringatan di telefon bimbit. Lagi senang, terus bulat dan catatkan besar-besar di kalendar.
2. BERKIRA TENTANG DUIT
Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud sebilangan lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, barangkali dia seorang lelaki yang terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senang dan bertambah sayang.
3. BALIK LAMBAT
Mungkin isteri tidak kisah jika suami lewat pulang jika segala yang diperlukan sudah disediakan oleh lelaki dan pastikan isteri tidak keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap masuk mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi jika dapat isteri jenis yang tidak kisah, jangan pula lelaki mengambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumah tangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri.
4. BOHONG DAN BERI ALASAN
Ramai lelaki yang memilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga masuk kes menipu. Bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini boleh mengundang kemarahan perempuan dua kali ganda. Apa salahnya jika anda berterus-terang walau terpaksa mendengar bebelan perempuan. Perlu anda tahu, wanita membebel adalah disebabkan dia prihatin dan sayang!
5. ABAIKAN NAFKAH
Tidak romantik, mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki mengabaikan nafkah kepada perempuan yang bergelar isteri. Bagi wanita yang bekerja, nafkah suami terhadap isteri tetap wajib berjalan seperti biasa. Jadi jika tak mahu isteri anda sentap, elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara di atas. Siapa yang tak sayang bini kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!