Perempuan bila tak dipujuk, dia marah.

Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.

Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif:

Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti. Ini apa yang isteri anda mahukan dari seorang yang bernama suami.

1. Isteri Adalah Makhluk Yang “Laparkan” Perhatian

Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?

Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?

Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.

Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.

Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda.

Fokus kepada mereka.

Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini.

Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis adalah satu aktiviti yang mengambil masa yang banyak)

Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.

Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.

Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.

Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.

Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.


2. Suami Yang Sentiasa Tenang

Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.

Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.

Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.

‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal?

— Yakni ketika isterinya sedang marah.

Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..

Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.

Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.

Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.


3. Mampu Merendahkan Ego Dalam Diri

Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah terlalu ego.

Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga.

Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.

Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.

Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.

— Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.

Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.

Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.

Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.

4. Suami Yang Kuat

Wanita sukakan lelaki yang kuat.

Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah

Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.

Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.

Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.

 

Sumber : AkuIslam

Foto : Azfarina Sulaiman