Pengorbanan seorang ibu melahirkan anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu suami perlu menghargai isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat kita di dunia.
Di saat itu, bermulalah tanggungjawab lelaki bergelar suami dan bapa dalam menjaga si ibu dan bayi. Semoga perkongsian dari Encik Matt ini bermanfaat.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin, luka ini akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak terganggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas
Bantu isteri banyakkan berjalan
Bantu isteri susukan anak
Bantu isteri tukar lampin anak
Bantu isteri mandi, buang air
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang, sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa suami perlu buat?
Ikan yang segar
Sayuran kampong
Ayam kampong
Telor ayam kampong
Daging lembu segar
Pantau luka
Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT (darah beku disalur darah)
Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup
AMBIL TAHU:
ILMU PENYUSUAN, cari posisi bayi ketika menyusu
Amalan @ pantang larang ketika isteri berpantang
Ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
Jadual pemeriksaan bayi dan ibu di klinik
Basic urutan untuk ibu berpantang
Cara berbedong/bekong
Jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas
Suami kena selalu peluk isteri, ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita, terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang, abang sayang sayang, lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
“Ya Allah ini isteri saya, berikan dia syurga, berikanlah dia ganjaran pahala, berikanlah dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari segala penyakit..”
Suami wajib doa untuk isteri, ucap kata yang baik, tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri. Insyaallah jika kita (suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok, isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis, termenung, tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
Sumber: the reporter, Encik Matt