Memikat hati isteri tidaklah sukar mana. Anda mesti sudah biasa dengan isteri anda sebab itu ia menjadi mudah dalam semua perkara.

Kalau nak tahu pegang tangan isteri juga adalah salah satu cara untuk pikat hati isteri anda. Tahukah anda terdapat beberapa waktu paling sesuai untuk pegang tangan isteri. Nah kami kongsi 7 tips berguna untuk anda. Selamat mencuba!

Suami Kena Tahu 7 Waktu Sesuai Ini Nak Pegang Tangan Isteri!

 

1) Sebelum keluar rumah

Cuba anda genggam dengan lembut tangan isteri anda dalam dua saat macam itu, kemudian bisik sedikit kepada isteri anda: ‘Saya sayang awak’. Confirm isteri anda akan tersenyum sepanjang hari. Boleh cair kalau hari-hari macam ni.

Ads

2) Waktu keadaan sukar

Bila isteri anda mengalami masalah dia mesti perlukan anda untuk mendengar luahan hatinya, cuba pegang tangannya. Jika perlu, cuba anda peluk sedikit dan beri kata-kata semangat kepadanya. Mungkin cara ini boleh menyembuhkan sedikit kesedihan isteri anda.

3) Waktu berada di tempat yang ramai orang

Ads

Jika anda tidak gemar untuk mencari isteri anda di dalam lautan manusia, apa kata anda terus pegang tangan mereka kemas-kemas. Jadi secara tak langsung, anda tidak perlu lagi untuk call atau whatsapp isteri anda untuk bertanya lokasi. Jimat masa.

4) Waktu melintas jalan

Cara paling mudah untuk si suami nampak gentleman adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang. Tak nampak macho lah nanti.

Ads

5) Waktu anda rasa perlu pegang tangan

Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit. Contohnya waktu tengah tengok wayang atau di dalam kereta. Biar isteri rasa macam ‘dijaga’ ketat oleh anda.

6) Waktu sebelum tidur

Cuba genggam sedikit tangan isteri anda dan ucapkan Selamat Malam. Pasti isteri anda tersenyum dan tidur anda akan lebih lena.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI