Bercakap tentang nafkah dan duit belanja bulanan, tidak dinafikan pasti ada segelintir suami yang keliru. Ketahuilah wahai suami, duit belanja bulanan yang anda berikan kepada isteri itu bukan dikira sebagai nafkah.

Suami perlu tahu bahagian mana yang dianggap nafkah untuk isteri dan bahagian mana pula yang dianggap duit belanja bulanan untuk rumah tangga.

Banyak orang menganggap bahawa nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya adalah duit untuk keperluan sehari-hari atau yang biasanya disebut sebagai duit belanja bulanan.

Namun tahukah suami, nafkah isteri dan duit belanja bulanan merupakan dua perkara yang berbeza. Duit belanja bulanan adalah duit untuk memenuhi keperluan harian seperti makan, membayar bil elektrik dan air serta membiayai keperluan hidup yang lain. Sedangkan nafkah isteri pula adalah duit khusus yang diberikan suami kepada isteri atau disebut duit jajan.

 

Allah SWT berfirman:

IKLAN

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah An-Nisa’: 34)

Sudah menjadi kewajiban seorang suami memberikan nafkah kepada isterinya berupa duit belanja dan nafkah yang disebut duit jajan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Dan mereka (para isteri) mempunyai hak diberi rezeki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan ke atas kamu sekalian (wahai para suami).” (Hadis Riwayat Muslim: 2137)

Dalam hadis ini disebutkan dua nafkah yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya iaitu rezeki (duit belanja) dan pakaian (nafkah isteri).

IKLAN

Namun, Islam juga tidak memberatkan kepada para lelaki untuk memberikan nafkah kepada isterinya. Para suami memang diwajibkan memberi nafkah kepada isterinya, namun tetap sesuai dengan kemampuannya.

Allah SWT berfirman:

“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf, seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: 233)

Para isteri juga harus memiliki sifat qana’ah dengan cara bersyukur untuk setiap rezeki yang diberikan suami, selain mengaturnya dengan sebaik mungkin seperti yang dinasihatkan Rasulullah SAW saat Hindun binti Itbah mengadu kepada Baginda tentang suaminya yang kedekut.

IKLAN

Rasulullah SAW bersabda:

“Ambillah nafkah yang cukup untukmu dan anak-anakmu dengan cara yang wajar.” (Hadis Riwayat Bukhori: 4945)

Untuk para suami, mulai sekarang sisihkan duit untuk memberi nafkah kepada isteri juga untuk memberi duit belanja bulanan.

Begitu juga buat para isteri boleh mengingatkan suami untuk memenuhi kewajiban nafkah isteri, namun lakukanlah dengan cara yang sewajarnya dan bersyukur atas setiap nafkah yang diberikan oleh suami anda. In sha Allah akan membawa keberkatan dalam kehidupan rumah tangga yang anda bina. Aamiin.

Sumber : didakwah.blogspot

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI