Hubungan

Suami Jadi Ketua Dan Pelindung, Isteri Akan Sedia Berkhidmat Sehabis Baik!

Share

Alam perkahwinan yang bahagia, suami ketua dan pelindung manakala isteri pula kena cari yang sedia berkhidmat sehabis baik sebagai suri rumah tangga.

Bukan itu ke yang diimpikan setiap golongan lelaki dan perempuan yang mahu membina sebuah keluarga? Haaa… mari kita renungkan menerusi perkongsian saudara Izzuddin Yussof tentang alam perkahwinan dan hubungan suami isteri zaman sekarang.

Romanticism Vs Submission

Baru-baru ni jumpa kenalan yang dah bercerai, dan dia dalam proses mengenali orang baru untuk dijadikan isteri.

Hasil daripada pengalaman perkahwinan dia yang pertama, dia mula tertarik dengan satu ciri-ciri yang ditunjukkan oleh calon ni ‘submissive dan nampak ada mindset bersedia untuk menjadi seorang isteri’.

Ciri yang dia sebut ni sangat menarik sebenarnya. Ianya benda yang sama aku terfikir bila aku tengok anime “My Happy Marriage” kat Netflix.

Secara ringkasnya, cerita tu menonjolkan watak utama perempuan yang sangat berusaha untuk menjadi bakal isteri yang terbaik untuk tunang dia.

Owh ya, calon yang dia jumpa ni bukanlah asal rakyat Malaysia pun.

Rasanya ini satu ciri mindset wanita yang dah mula hilang di Malaysia pada zaman sekarang. Iaitu mindset untuk ‘menjadi isteri yang terbaik’. Itu bahasa lembut dia la. Bahasa direct dia, mindset untuk ‘layan suami sehabis baik’.

Rasanya hasil drama cerita Korea, mahupun mat saleh serta drama Melayu, wanita sekarang ada kefahaman perkahwinan itu perlu romantik dalam konteks yang bermasalah.

Bermasalah Macam Mana?

Ada expectation untuk suami buat surprise. Ada expectation untuk suami buat itu ini. Ada expectation untuk suami pujuk kalau merajuk. Ada expectation suami berkhidmat kepada isteri.

Secara tak sedar, ianya mindset suami yang kena layan isteri, bukan sebaliknya. Maka datanglah generasi perempuan berbangga untuk merajuk dan suami kena pujuk.

Datanglah generasi isteri selalu betul dan suami kena mengalah. Datanglah generasi suami kena bawa barang dan beg tangan isteri. Datanglah generasi silent treatment dan air mata sebagai senjata wanita ke atas lelaki. Datanglah generasi isteri yang baling-baling barang dan rosakkan barang ketika marah kepada suami. Datang generasi suami yang nak keluar rumah kena dapat kebenaran isteri.

Hilang dah kedudukan lelaki sebagai imam dan ketua keluarga. Secara tak sedar kita membenarkan kelahiran generasi isteri queen control. Yang jadi punca kepada banyak bergolaknya rumah tangga.

Cuba Lihat Contoh Isteri Rasulullah

Pernah dengar isteri Rasulullah merajuk dengan Rasulullah sampai tak bercakap? Nope ta ada. Di kalangan sahabat pun tak ada. Malahan kisah kononnya Saidina Umar kena berleter dengan isteri dia pun sebenarnya tak wujud.

Apatah lagi nak dengar isteri zaman tu memberi arahan dan mengarah suami buat itu ini. Lagilah tak ada.

Ramai kata Rasulullah itu romantik. Dan memang betul, Rasulullah memang romantik.
Tetapi romantik Rasulullah tu jauh sangat bezanya dengan expectation romantik zaman sekarang yang dibina di atas kisah-kisah drama yang tak berpijak pada realiti. Yang mana pelakon-pelakon tu sendiri pun bercerai berai di dunia sebenar.

Mengangkat Suami Sebagai Imam

Kalau tengok generasi boomers, majoriti isteri memang akan taat dan takut kepada suami diorang. Suami memang ada autoriti dan status sebagai seorang ketua.

Generasi sekarang? Macam-macam kisah kita dengar.

Submission. Yup. Kesudian mengambil seorang lelaki sebagai suami, sebenarnya adalah satu kesudian untuk submit kepada suami tu. Kesudian untuk mengangkat suami sebagai seorang ketua (imam).

Benchmark senang sahaja, isteri berani tak buat macam apa yang dibuat kepada suami tu, kepada boss di tempat kerja?

Berani nak tinggikan suara kepada boss? Atau berani untuk buat silent treatment sebab tak suka tindakan boss? Atau berani suruh boss buat itu ini? Berani baling barang mengamuk kat boss?

Tak berani. Confirm. Aku ada 70-90 staff perempuan pun tak ada yang berani buat macam tu.

Jadi kalau isteri berani buat macam itu kepada suami, maka betul ke isteri meletakkan suami sebagai seorang imam / ketua?

Nah satu hadith sebagai renungan:

“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]

Suami Ketua Dan Pelindung

Dan of course. Suami tu pun perlulah layak menjadi seorang ketua. Dia pun perlulah ada mindset untuk menjadi ‘ketua yang terbaik’ untuk keluarganya. Bertanggungjawab. Sanggup berkerja keras. Tunjukkan contoh teladan. Boleh jadi tempat bergantung. Melindungi ahli keluarganya.

Jadi, suami sebagai ketua dan pelindung. Dan isteri sebagai seorang yang di bawah suami dan bersedia untuk ‘berkhidmat’ kepada suami sehabis baik.

Itu kedudukan suami dan isteri yang dah hilang zaman sekarang. Suami ramai yang menjadi biawak hidup serta menyakiti isteri, dan isteri pula tak ada mindset untuk hormat dan melayan suami sebagai ketua dia.

Begitulah realiti rumah tangga hari ini, jom renungkan dan ubah mana yang kurang elok!

Published by
Nadia