Bertuahnya Datin Sri Noniswara. Kekal jelita walaupun usia dah mencecah 51 tahun. Macam tak percaya, kan? Seri awet muda wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini rupa-rupanya disebabkan aura bahagia yang dikecapinya dalam perkahwinan kali ke-3 bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
“Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan kami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya dan mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.
Dari segi karier, suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama.
“Hubungan saya dengan anak-anak umpama kakak dan adik, adakalanya seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak, sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka dan mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan saya.”
RAHSIA AWET MUDA
“Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia.
Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Kredit Foto: Instagram Noniswara