Hubungan

Suami Memahami Pun Satu Rezeki, Jiggy Masin Bagi Sokongan Padu Buat Dhabitah Sabri

Share

Suami memahami, selebriti iaitu Jiggy Masin menyokong dari belakang dan meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Dhabitah Sabri berjaya ke pusingan separuh akhir bagi kategori 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024.

Jiggy Masin Bagi Sokongan Buat Isteri

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Jiggy atau nama penuhnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 35, berkongsi kedudukan terkini isterinya itu yang meraih tempat ke-12 daripada 28 peserta dalam saingan awal.

“Alhamdulillah, semi final baby. Jangan lupa semua, teruskan memberi sokongan kepada mereka,” tulisnya ringkas.

Memahami Kerjaya Dhabitah Sabri

Terdahulu, Jiggy menerusi temu bual bersama media mengakui, dia memahami kerjaya isterinya itu apabila terpaksa berjauhan kerana Nur Dhabitah Sabri sering ke luar negara.

Malah, dia turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaannya.

 

Sebelum ini, Nur Dhabitah berjaya melangkah ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal apabila mengumpul sebanyak 283.65 mata selepas lima terjunan sekaligus melengkapkan peluangnya menjadi 18 penerjun yang berjaya ke separuh akhir.

Pada penyertaan di Olimpik Tokyo lalu, Nur Dhabitah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dengan 326.15 mata, dipisahkan 17.6 mata berbanding pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Sekadar info, Jiggy dan Dhabitah sah bergelar suami isteri pada 28 April 2023.

Jiggy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Elly Arifin pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

Kredit gambar: Nur Dhabitah Sabri

IKLAN