Kebelakangan ini kita dihidangkan dengan kes perebutan harta pusaka si mati antara keluarga dan si isteri,namun akhirnya diselesaikan dengan pembahagian cara faraid. Begitu juga bila berbicara tentang harta duit hasil simpanan KWSP, ini semestinya memberikan impak besar kepada kedua belah pihak. Untuk mengetahui lebih lanjut, kita ikuti perkongsian dari Areena A Rahman mengenai perihal ini.

Sekadar perkongsian, ini apa yang dikongsikan oleh

Suami Meninggal Dunia, Duit KWSP Bukan Hak Sepenuhnya Milik Isteri, Kena Bahagi Cara Faraid

KISAH BENAR KWSP

Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati – 1/6
2) Ibu si mati – 1/6
3) Isteri – 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056

Jadi apa guna ada penama?
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.

IKLAN

Apa kata netizen

Suami Meninggal Dunia, Duit KWSP Bukan Hak Sepenuhnya Milik Isteri, Kena Bahagi Cara Faraid

Ahmad Haqim
Kalo timbang rasa, harta tu bg je kat anak bini.. adik bradik da ada keje n pandai duit sendiri.. kalo aku xda la nk makan duit adik bradik aku yg meninggal biarlah mak abah or anak bini dia je makan… dorg hilang tonggak dan mata pencarian.

IKLAN

Azizan Hamsin
Ni kurang tepat ni.. kena bahagi dulu harta sepencarian.. baru la faraid.. ms dia kerja dan dpt pndptan kwsp tu dia dah kawin msti la ada bahagian isteri dia.. bukan main faraid semua..

IKLAN

Abu Wa
Waris² dapat duit.kemain berebut….habis anak2 arwah sape nok bela?….bini jugok bela.
Atok Nenek dapat duit ilang terus….ni sikit kena yg sampai 1 juta rete arwah lagi berebut….tknkire zakat lagi set² agama pun nak sakau jugak ambik rete simati…dah ambik zakat tk reti nk agihkan zakat kepada sifakir miskin buat bangunan buat bkn²…zakat ambik agih tidak..kalau setahun kena habiskan zakat yg org ramai keluakan bukan simpan melabor…mazhab mana korang ikut?
Tang faraid kemain laju bab tangungjawab tk mboh pulok

Semoga kita semua mendapat hak yang sepatutnya dan selayaknya untuk anak-anak dan kelangsungan hidup.

Kredit FB:
AREENA A.RAHMAN

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI