Hubungan

Mustajabnya Doa Suami Untuk LEMBUTKAN HATI ISTERI

Share

Syurga seorang isteri adalah suaminya. Apabila seorang suami sentiasa menitipkan doa untuk kesejahteraan isteri, maka perjalanan kehidupan lebih membahagiakan. Kesempatan untuk solat berjemaah elok dimanfaatkan dan ketika berdoa, kuatkanlah suaramu wahai suami supaya isteri mendengar setiap titipan doa itu untuknya.

 

Indah kan? Dalam perhubungan suami isteri kita selalu lupa untuk mendoakan pasangan atas alasan berjumpa setiap hari. Salah tu! Doa adalah hadiah bermakna untuk kita kepada pasangan. Ada suami yang suka sangat part doa tu, ditinggikan suaranya sedikit supaya dia dapat beritahu isteri secara tidak langsung apa yang diingini dari isteri.

 

DOA SEORANG SUAMI

Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.

Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?

Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.

Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.

Kredit : Aisyah Huraiyah via Rumah Tangga Bahagia Selamanya.

Kenapa nak bertangguh untuk mendoakan isteri? Bahagia mereka, bahagialah kita sebagai suami…

 

Kredit foto: Sweetpictures KL

 

Published by
Anis Nor