Suami Nak Isteri Rajin Memasak Kenalah Tahu Caranya, Bukan Main Order Je!

Share

Bukan semua wanita diberi kebolehan dan bakat dalam memasak. Ada yang memang campak-campak bahan sahaja, tup-tup dah siap dan rasanya pula sedap. Tapi ada juga yang sudah menggunakan pelbagai rujukan, tapi masih tak ada rasa air tangan. Suami pula jangan terus menghukum isteri. Berilah isteri sedikit masa dan anda kena tahu cara-caranya.

Oleh itu, mari selidik apa yang suami boleh buat agar isteri anda rajin memasak.

1. Suami kena sokong isteri, bukannya asyik komplen sahaja

Jika isteri tidak pandai memasak, jangan pula isteri dimarahi ataupun diherdik tetapi hantarlah isteri ke kelas memasak. Jika setiap hari berlatih dan belajar, lama-kelamaan pandailah isteri nanti. Suami juga kena rajin membeli isteri buku masakan untuk dibaca dan dicuba olehnya.

2. Suami kena tolong isteri di dapur

Ini penting, takkan la suami ingin membiarkan isteri bersendirian menyediakan juadah untuk anda. Isteri yang bekerjaya mungkin tiada masa untuk memasak, jadi suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan bersama menu apa yang ingin dimasak. Bukan apa, secara tak langsung, ini dapat mengeratkan hubungan antara anda berdua.

3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak

Jika suami tahu resipi masakan yang isteri ingin masak, suami boleh membantu isteri menyediakan bahan-bahan penyediaannya. Sesetengah suami yang pandai memasak, mungkin boleh menyediakan bahan-bahan basah dan kering dahulu. Ini secara tidak langsung akan memudahkan isteri untuk menumisnya sahaja. Apabila suami rajin, perkara yang susah bagi isteri pasti akan menjadi mudah dan lancar.

4. Tonton rancangan memasak bersama-sama

Suami jangan hanya asyik menonton cerita sukan sepanjang hari. Apa kata luangkan sedikit waktu menonton rancangan memasak bersama isteri. Apatah lagi banyak saluran khas untuk program masakan yang disediakan di kaca televisyen. Malah, program tersebut langsung tidak membosankan.

5. Mulakan menu yang mudah dahulu

Mustahil untuk seorang wanita yang langsung tidak tahu masak, apatah lagi masak sardin. Sekiranya anda seorang wanita yang langsung tidak pandai memasak, dicadangkan untuk anda cuba memasak hidangan yang mudah dan ringkas terlebih dahulu. Pelajarilah kemahiran emmasak daripada ibu mertua, ibu anda ataupun pembantu rumah. Denagn cara ini akan memudahkan anda untuk memasak masakan yang ringkas seperti menggoreng ayam, rebus telur, masak nasi, tumis sayur dan pelbagai lagi menu yang ringkas.

Published by
Bella