Biasalah bila sudah berkahwin, si isteri perlu patuh dengan setiap kehendak si suami. Jangan membantah jika ia masih dibawah norma dan kemampuan anda. Si suami pula jangan ambil kesempatan sehingga semuanya dilakukan isteri seorang diri. Terapkan nilai kerjasama agar rumah tangga kekal bahagia. Ini antara tugas seorang isteri yang harus dipraktikkan agar suami tidak memandang wanita lain.

Suami Nak Je, Isteri Kenalah Terus Tunaikan

1.Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain? Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru. Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.

2. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’. Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman. Rugi ke senyum?

3. Layan suami seperti raja

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.

IKLAN

4. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak” Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.

5 Jangan berleter!

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.

6. Menambat hati suami dengan menemaninya makan

IKLAN

Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai. Thabit al-Banni berkata,

Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.” Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.

Suami Nak Je, Isteri Kenalah Terus Tunaikan

7. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada

Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat. Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.

IKLAN

8 Jangan kuat merajuk

Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.bMerajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?

9. Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.

10. Bila suami mahu, terus layan

Lelaki lebih bernafsu? Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 1999, golongan lelaki adalah lebih ‘lapar’ dan ‘dahaga’ akan hubungan intim. Ini dibuktikan melalui kenyataan di mana majoriti lelaki berusia 50 tahun ke atas sekalipun masih memikirkan dan mungkin melakukan aktiviti seksual dengan kerap. Berbanding dengan wanita, Pakar Sosiologi Edward O. Laumann mendedahkan bahawa kira-kira 30% dari mereka adalah rendah atau tidak langsung mempunyai libido.

Dalam erti kata yang lebih mudah, kajian ini mendapati bahawa lelaki adalah golongan yang lebih bernafsu tentang seks berbanding golongan wanita. Pun begitu, kajian ini sahaja tidak mampu untuk membuktikan sesuatu yang begitu rumit ini.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI