Hubungan

Nak Suami Handsome, Bagi Dia Me Time

Share

TIDAK salah jika sesekali isteri bagi peluang untuk suami keluar jalan dan lepak bersama kawan-kawan bagi menghilangkan tekanan kerja bersantai dan bergembira. Namun, yang menjadi masalahnya bila kekerapan hingga suami lupa tanggungjawab.

Betul tak cik abang semua? Isteri pasti memahami keperluan suami. Berikut adalah perkongsian Mohd Fhais kenapa suami juga perlukan Me-Time.

Suami Pun Perlukan ‘Me-Time’


Bukan isteri sahaja perlukan tapi suami pun perlukan Me-Time. Sebab suami pun manusia biasa juga yang ada rasa penat, rasa stres dan rasa depres.

Malah ada suami yang LEBIH MEMERLUKAN ME-TIME daripada isteri.

Tugas mencari rezeki sekarang sangat mencabar. Ada yang terpaksa buat 2-3 kerja sehari semata-mata nak mencukupkan keperluan anak dan isteri.

8-5 petang kerja di pejabat, belah malam pula ada yang jual burger, jual otak-otak, jual baju di pasar malam, jual minyak wangi, malah ada yang hari minggu pun tak berehat, buat fotoshoot wedding.

Bateri orang lelaki pun kalau tidak recharge boleh kong juga!

Memang dari segi emosi orang lelaki ni susah nak nampak expresi penat itu sebab mereka tidak suka tayang emosi dekat orang lain. Tidak macho lah kalau tayang.

Walaupun begitu percayalah mental dan kudrat mereka sudah layu sangat nyawa-nyawa ikan saja. Itulah kalau anak kacau sikit pun suami cepat meradang, cepat marah-marah.

Bukan sebab bengis, tapi bateri dah kong…

Me-Time bukan sebab pentingkan diri.

Me-Time bukan sebab nak lepas tangan urusan rumah.

Me-Time bukan sebab nak suka-suka enjoy macam orang bujang.

Tapi Me-Time perlu untuk suami recharge balik emosi, mental dan tenaga supaya mereka boleh kekal waras dan kekal bertanggungjawab.

Kalau isteri adalah pengurus keluarga maka suami adalah director keluarga yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Mohd Fhais
Kerja kerja juga, kesihatan wajib di jaga

SUMBER: Mohd Fhais

Published by
Kim