.
Tidak susah untuk menggembirakan hati isteri bukan perlukan korban wang ringgit sebaliknya syaratnya hanya menjadi suami yang prihatin. Air tangan suami juga mampu menghasilkan ‘magik’ kepada isteri. Antara perkara yang paling menggembirakan isteri apabila suami berkata ‘sayang tak perlu masak malam ini, biar abang masak untuk sayang dan anak-anak.”
Mendengar sahaja suami berkata begitu terasa hilang kepenatan melakukan kerja seharian. Tetapi, disebabkan tidak sampai hati isteri akan membantu menyiapkan bahan-bahan untuk suami.Sebenarnya suami yang masak di dapur ini romantik orangnya. Suami romantik itu bukan hanya bagi bunga, beri hadiah mahal, mengeluarkan kata-kata romantik.
Sebaliknya lelaki yang rajin memasak untuk anak-anak dan isteri itu adalah seorang yang romantik. Hatinya sangat lembut dan penuh karisma dan dia tahu cara untuk menguruskan peralatan dapur dengan baik tanpa bantuan isteri. Adalah lebih membahagiakan apabila suami tanpa segan menyuapkan isteri makan. Pahala menanti suami yang menyuapkan isteri yang penar dan lapar.
.
Selain itu, apabila isteri penat mengemas rumah, basuh baju, sidai baju apabila masuk ke dapur melihat suami ringan tulang membantu isteri membasuh pinggan pastinya isteri sangat gembira. Isteri seronok sebenarnya mempunyai suami yang meringankan tugasan mereka dengan sama-sama membantu menguruskan rumah dan anak-anak.
Apapun, siapa pun suami kita jika isteri pandai memainkan peranan pasti suami akan menjadi lebih prihatin. Tidak salah jika suami tidak prihatin tapi isteri meminta tolong dengan suami membantu meringankan tugasan isteri. Jika isteri mempunyai suami yang ringan tulang jangan lokek untuk meluahkan rasa cinta dan memuji suami. Biar suami tahu isteri menghargai apa yang telah dilakukannya untuk keluarga.