Suami Patut Takut Jika Ada Lakukan 9 Dosa Ini Pada Isteri, No 7 Paling Menyakitkan!

Share

Hal rumah tangga adalah perkara personal yang harus diselesaikan diantara anda berdua. Namun, jika anda memerlukan pendapat orang lain tidak salah, biarlah yang betul dan berguna. Dalam hubungan rumah tangga perlulah ada rasa hormat pada kedua-dua pasangan. Suami hormat isteri dan isteri juga hormat pada suami.

Tetapi, tanpa sedar ada dosa suami terhadap isteri yang dilakukan tanpa sedar. Bagaimana? Ia seolah-olah merasa dirinya sahaja yang berkuasa dan betul dalam segala hal.

Isteri pula hanya mampu diam kerana takut diherdik, dimarah, dipukul, atau diceraikan oleh suami. Apa dosa suami yang dimaksudkan? Jom kita semak.

1. Tidak ajar agama kepada isteri 

Dalam perkahwinan, suami adalah imam dan ketua keluarga. Maka, anda adalah individu yang harus membimbing isteri hingga ke syurga. Ajaklah isteri bersolat berjemaah, membaca Al-Quran bersama isteri, mengajaknya ke masjid atau majlis ilmu, mengajar isteri tentang aurat dan sebagainya.

2. Selalu mencari kesalahan isteri 

Suami juga tidak harus mencari kesalahan isteri sekiranya ada kesilapan di mana-mana tegurlah dia dengan cara yang berhemah dan didiklah isteri dengan penuh kasih dan sayang.

Jika isteri tak pandai masak, belikan dia buku resepi supaya dia boleh belajar. Jika isteri tak pandai berhias diri, belikan dia pakaian cantik-cantik, alat mekap dan sebagainya supaya dia tampil menarik di hadapan anda.

3. Tidak menyediakan nafkah zahir & batin pada isteri 

Isteri berhak mendapatkan nafkah zahir dan batin daripada suaminya serta hak ini tidak boleh diambil ringan oleh suami kerana ia adalah kewajipan. Sekiranya suami culas atau terlupa nak bagi nafkah pada isteri maka isteri boleh mengambilnya mengikut kemampuan suami meskipun tidak diketahui.

4. Selalu marah-marah dan tiada sifat prihatin 

Isteri dinikahi bukan untuk dizalimi tapi untuk disayangi, dibelai dan dimanjai maka hargailah isteri anda dengan sebaik-baiknya. Jika terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan tegur dengan baik dan penuh kasih sayang. Tidak mustahil timbulnya rasa kurang hormat, sakit hati dan dendam yang mungkin boleh terkumpul dalam hati isteri.

5. Tak pernah tolong urusan rumah

Minta tolong sidai kain, basuh baju atau sapu sampah semua suami mengelak dan tak mahu buat. Bagi suami, tugas itu adalah kerja isteri maka anda yang patut siapkan. Inilah yang dikatakan dosa suami terhadap istri hingga membuatkan isteri berkecil hati. Tak salahkan kalau nak bantu isteri buat kerja rumah.

6. Sebarkan aib isteri 

Dalam kita tak sedar, kadang-kadang ada suami yang selalu menceritakan kisah di tempat tidur dengan rakan-rakannya yang lain. Tahukah anda itu sebenarnya satu dosa pada isteri? Rahsia tempat tidur sepatutnya kisah yang tak perlu diceritakan kepada orang lain dan ia adalah rahsia yang kalian berdua saja yang boleh tahu.

7. Terburu-buru menceraikan isteri 

Benda ini yang sekarang tengah menjadi viral dan trend apabila suami secara terburu-buru menceraikan isteri tanpa sebab. Lebih menyakitkan penceraian itu terjadi dek kerana orang ketiga . Adakah anda pasti perempuan tersebut lebih baik akhlaknya berbanding isteri yang diceraikan itu? Fikir secara rasional terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan.

8. Tak berlaku adil apabila berpoligami 

Nak kahwin sampai dua atau tiga atau empat, tapi tak pernah berlaku adil hingga hak isteri pertama diabaikan. Malah dengan ketidakadilan itu boleh menyebabkan anak-anak simpan perasaan benci dan masyarakat mencemuh tindakan busuk anda itu sekaligus menghancurkan institusi poligami itu sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : TheAsiaParentMalaysia

 

Published by
NanyRahman