Orang rumah bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga. Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita.

Para suami janganlah terlalu berkira dengan isteri. Kalau kita boleh belanja banyak duit untuk hobi sendiri, apa salahnya berbelanja untuk isteri. Lagipun dia kan isteri kita, bukannya orang lain. Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam-macam tugas untuk suami dan anak-anak di rumah.

Suami Selagi Mampu, Jangan Pernah Berkira Dengan Isteri
gambar sekadar hiasan

Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami dan macam-macam lagi Kan banyak kerja isteri buat.

Isteri yang bahagia adalah keluarga yang bahagia

Umumnya, pihak isteri memang lebih dipercayai sebagai “menteri kewangan” dalam mengendali hal kewangan keluarga. Hal ini mungkin kerana isteri lebih memahami tentang selok-belok kewangan dan harga barang.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah bagaimana seorang isteri boleh dengan bijak dan amanah mengaturkan kewangan. Jika tidak, mungkin duit perbelanjaan itu akan habis sebelum cukup bulan!

Suami Selagi Mampu, Jangan Pernah Berkira Dengan Isteri
gambar sekadar hiasan

Mungkin dengan memberi semua gaji suami pada isteri akan membuatkan isteri lebih peka tentang jumlah wang yang mereka ada. Dari kesedaran itu, isteri akan bijak berbelanja untuk tidak mendapat susah di kemudian hari.

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI