Suami Selit Nafkah Setiap Hari, Tiba Hujung Bulan Isteri Dah Boleh Buat Tabungan Untuk Beli Emas

Share
Antara tanggungjawab penting yang suami perlu jaga adalah bab pemberian nafkah. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri meskipun isteri bekerja. Jadi jumlah nafkah tersebut terpulang kepada hasil perbincangan suami isteri. Isteri perlulah juga bertimbang rasa seandainya nafkah yang diberi tidak mencukupi.
Perkongsian menarik ini sangat memberi inspirasi. Idea dari Maryam Elyas boleh anda praktikkan bersama suami.

Antaranya firman Allah:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

 Surah al-Nisa’ ayat 34

Sebak rasa bila benda ni sampai kat tangan. Sebak sebab inilah hasil menabung nafkah duit selit yang suami bagi.
Sikit, sikit, CikYam simpan. Nafkah CikYam bukan dapat selepuk. CikYam kumpul dengan penuh kesabaran. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi makan tahun weh!
Orang lain mungkin boleh tergerak hati nak beli, terus beli. CikYam tak macam tu. Bukan orang senang. Rezeki masing-masing, kan? CikYam menabung hasil Mr Mama niaga burger dan buat servis angkut sampah.
Serius, bukan nak menunjuk. Just nak share inspirasi menabung nafkah duit selit. Kalau kira mampu ke tak, memang CikYam sikit pun tak mampu beli emas. Mr Mama pun takkan mampu belikan CikYam rantai impian.
Last CikYam gi kedai emas masa nak kahwin. Lepas tu, emas takde dalam kamus hidup sebab mahal. Tapi hari ni dapat emas. Macam mana orang miskin macam CikYam ni boleh beli emas? Kuncinya kat sini, simpan duit. Paksa diri simpan duit. Kalau tak simpan, duit nafkah tu pun tak nampak ke mana perginya.
Lepas dah sampai satu amaun duit yang disimpan, CikYam survey harga emas kat kedai, masih mahal. Tengok harga segram, macam nak pitam. Ada upah pulak.
Dengan duit nafkah selit ni, CikYam peratikan purata sebulan CikYam boleh dapat 1 gram emas. So CikYam target, sampai je simpanan ni kat berat emas yang CikYam nak, CikYam akan beli.
Tapi CikYam masih nak berjimat. Belek fb, jumpa dengan cara penjimatan beli emas harga kilang.
Inilah hasilnya selepas lebih setahun menabung nafkah duit selit yang Mr Mama bagi setiap hari. Sikit, sikit, lelama dapat emas. Mujur la ada emas harga kilang. CikYam dapat emas lebih murah berbanding kat kedai.
TQ abang. Alhamdulillah dapat rantai hari ni.
Bila kita ada keinginan untuk lebih bijak dalam menguruskan kewangan, pasti matlamat itu dapat dicapai. Tak kiralah berapa nilai pemberian nafkah daripada suami, isteri yang bijak tahu di mana kepentingan pelabjuran duit itu.
Kredit foto: Instagram Angsa Emas
Published by
Anis Nor